Sunday 29 April 2012

GMS Episod 4


Minggu ini semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Stone 5 diberikan cuti selama seminggu. Huh, bertuah untuk pelajar biasa sahaja namun, bagi ahli lembaga pengawas mereka terpaksa menghadiri kursus kepimpinan pengawas yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kursus ini telah dirancang sebulan awal dari tarikh yang ditetapkan untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Mereka bertolak dari sekolah awal pagi dengan menaiki bas sekolah.


Seperti biasa geng GMS merupakan pelajar yang terakhir sekali sampai ke sekolah. Memang tak berdisiplin lansung mereka berenam ni. Namun, untuk aktiviti kali ini Amalina dikecualikan kerana dia mendapat kebenaran daripada tuan pengetua untuk tidak mengikuti kursus ini atas sebab-sebab pribadi. 


Mereka berenam mengambil tempat masing-masing dalam bas. Bas sekolah yang disediakan adalah sebanyak dua buah bas. Setiap bas akan dinaiki oleh pengawas dan dua orang guru pengiring. Pengawas lelaki dan pengawas perempuan dipisahkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kem yang akan kami inap selama lima hari itu terletak di Pulau Pinang iaitu Kem Kempas Pulas.


"Ain, asal barang kau banyak sangat ni? Kau tak nak balik rumah dah ke? Macam lah kita pergi sana sampai seminggu je aku tengok." Ain hanya tersengih sahaja apabila Lya bertanya soal itu kepadanya. Sememangnya itulah tabiat Ain yang sukar diubah sejak kecil. Kemana sahaja dia pergi sama ada ingin pulang ke kampung ataupun pergi melancong, barang yang dibawa pasti melebihi keperluan. Bukan semua  barang yang dibawa akan digunakan sebaliknya dia membawa barang itu untuk memberatkan beg sahaja. Memang pelik namun kadang-kadang barang yang dibawanya ada juga kegunaannya.

 
Seingat Lya tahun lepas ketika kursus kepimpinan pengawas yang diadakan di Perak di Kem Bukit Senak ada satu kejadian di mana mereka semua terpaksa masuk ke dalam hutan pada waktu malam untuk aktiviti Night Walk. Mereka yang lain sudah diingatkan untuk membawa lampu suluh masing-masing namun masih terdapat pelajar yang terlupa akan arahan guru. Mujur pada ketika itu, Ain ada membawa lima lampu suluh maka lampu suluh itu turut diberikan kepada kawan-kawan yang terlupa tadi. Macam mana la dia boleh terfikir nak bawa sampai lima lampu suluh ketika itu. 


Bukan itu sahaja, Ain juga membawa comforter nipis untuk dialas ketika tidur dalam khemah. Masing-masing berebut nak tidur satu khemah dengan Ain. Nak tergelak pun ada juga masa teringat balik keadaan masa tu. Kali ini dia bawa lagi semua barang tu. Buat menyemak tempat letak barang je.Penuh dengan barang dia sorang. Hahaha.


"Dia bukan tak nak balik dah Lya tapi aku rasa dia takut mati kebulur dekat sana. Makanan penuh satu beg aku tengok. Tapi takpe juga, kita boleh tumpang sekaki." Ami menjuih mulut ke arah Ain sambil tersenyum melihat Lya. 


"Banyakla kau tumpang sekaki." balas Ain sengaja basa-basi.


"Eh, tahun ni dah masuk tiga kali kita pergi kem kepimpinan ni tapi tak pernah lagila aku dengar ada orang sampai mati kebulur dekat sana. Alah, kat sana kan ada kantin, masak pun diorang masak untuk kita. Kita ni boleh dikatakan bertuah tau tak? " kali ini Anis pula bersuara.


"Korang ni cakap je pandai, nanti korang pun makan juga makanan yang aku bawa ni, kan? " balas Ain.


"Eleh, cara kau cakap macam kau sorang je yang bawa makanan.Aku pun bawa jugalah. Tapi kalau kau nak kasi aku nanti, aku ambil je. Rezeki..tak kan nak tolak, kan?" jawab Faraheen. 



Perjalanan untuk sampai ke Kem Kempas Pulas mengambil masa lebih kurang 3 jam dari sekolah mereka. Ami yang tidak reti duduk diam dari tadi lagi sibuk merakam gelagat sahabatnya dengan kamera video hadiah hari lahir yang dia dapat daripada kakaknya. Dalam rakaman tersebut terdapat pelbagai gelagat yang mencuit hati. Ada antara mereka yang tengah bersembang, ada yang tidur tak kurang juga ada yang sedang bermain kad. Masing-masing berasa bosan kerana perjalanan selama 3 jam itu agak memenatkan.


Setelah sampai di destinasi yang dituju, mereka semua turun dari bas dan bergerak ke dewan terbuka. Mereka semua teruja melihat sekitar kawasan yang bakal mereka duduki selama lima hari itu. Setelah mendengar taklimat dan peringatan oleh Encik Sulaiman, ketua tutor kami di sana, kami dibawa ke khemah masing-masing. Di situ terdapat enam khemah untuk pelajar perempuan dan lima khemah untuk pelajar lelaki. Yang menariknya tentang khemah tersebut ialah khemah itu dibina dan bentuknya seperti sebuah rumah kerana dibuat daripada papan dan bumbungnya menggunakan zink serta ditutup dengan kain kalis api.


Bukan itu sahaja, tempat mandi di situ mempunyai sebuah kolah yang sangat besar dan setiap bilik tandas mempunyai kelengkapan perpaipan yang lengkap. Terdapat sebuah kantin dan koperasi yang tedapat di sebelah barat daya kem. Segala kelengkapan di tempat itu sangat memuaskan bagi mereka yang datang. Lebih menarik lagi aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang mereka di kem tersebut adalah seperti Flying Fox, Wall Climbing dan pelbagai aktiviti lasak yang lain.


"Menariknya tempat ni. Aku dengar dekat sini ada kayak dan aktiviti berbasikal. Mesti best." Enani begitu teruja sekali sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di kem itu.


"Er..semangat nampak. Aku ingat aku sorang je yang teruja." Jiah pula bersuara menyokong Enani A.K.A sahabat baiknya.


"Weyh, Jiah..Aku tak sabar nak buat aktiviti berkayak tu. Best gila kau tahu?"


"Best tu aku tau tapi gila tu tak lagi kot. " 


"Perli aku nampak." Jiah hanya tersengih sahaja. Enani dan Najihah merupakan rakan sekelas Aliaa, Ami, Lina dan lain-lain. Mereka berdua serta Basyik, Dayah dan Fifah memang bersahabat baik.


"Khemah kita ke ni? Aku rasa macam duduk dalam rumah je cuma beza tak ada pintu dan tingkap." kata Ami.


"Lepas ni kita ada aktiviti apa erk?" tanya Lya kepada Farah.


"Aku rasa kita kena berkumpul semula dekat dewan tadi lepas 30 minit. Kasut diorang cakap kena pakai kasut sport kan? Aku rasa aktiviti kita mesti akan mula hari ni.Cayala cakap aku ni. Gerenti. " 


"Asal kau yakin sangat? Mesti diorang kasi kita rehat dulu. Penat ni. Huhu " kata Miera.


"Banyaklah kau punya rehat. Kita gerak awal lah. Nanti kelam kabut pula.Siapa yang lambat kena denda kan?" kata Ain.


"Sejak bila pula kita selalu awal ni? Tapi aku rasa better kita gerak sekarang..jap lagi mesti bunyi  tu wisel En.Misai " En.Misai merupakan gelaran yang diberikan oleh GMS kepada Encik Sulaiman kerana misai Encik Sulaiman sangat tebal dan panjang. Setelah selesai menyarungkan kasut mereka berenam keluar dari khemah menuju ke dewan. Serentak dengan itu, kedengaran wisel En.Misai ditiup. Kelam kelibut jadinya, mereka semua cepat-cepat berlari ke arah dewan. Mujur pertama kali ini tiada sesiapa yang kena. Ceh, nasib baik je tu. Lain kali mesti ada yang kena.
 

  



Saturday 14 April 2012

GMS Episod 3



"Korang..korang..masalah.." Ain tercunggap-cunggap.Keletihan kerana berlari.
 
 
"Masalah apa? Cakaplah." Farah bertanya kepada Ain dan Ami. Ain tidak mampu untuk bersuara kerana masih letih berlari.
 
 
"Lina...Lina..dia bergaduh dengan kakak senior. Diorang sekarang ada depan bilik disiplin." Ami bersuara setelah menyedut udara dengan banyak. Mereka yang lain terkedu.




"What?? Bila? Dengan siapa dia gaduh?" soalan yang bertubi-tubi dari Mira menyebabkan Ami pening kepala.
 
 
"Huh! Tanyalah satu-satu. Pening aku nak menjawab. Ok, sebenarnya aku pun baru je dapat tau pasal hal ni. Tapi korang nak pergi serbu bilik disiplin sekarang ke? Kejap lagi teacher nak masuk kelas dah.Nak cari nahas kalau keluar sekarang." pesan Ami. Memang teacher tak garang tapi kenalah jaga hati cikgu.



"Gila nak serbu sekarang.Kita tunggu je.Petang ni macam biasa noh..kumpul dekat taman permainan." pesan Farah kepada mereka yang lain.




"Ok." Mereka menjawab serentak.



Seperti biasa mereka berkumpul di taman pada petang itu. Wajah Lina menunjukkan riaksi tenang sahaja pada petang itu. Mungkin dia sudah menjangkakan bahawa sahabat-sahabatnya pasti sedang bergelumang dengan pelbagai soalan.



Setelah Lina pulang ke kelas, dia tidak menunjukkan sebarang riaksi seperti matanya bengkak kerana menangis sebaliknya dia masuk ke kelas dengan muka yang bersahaja. Mereka yang lain tidak berani nak tanya soalan ketika itu kerana teacher sedang mengajar di depan. Masing-masing hanya memberi isyarat mata.




"Apa yang dah jadi?" Farah bertanya kepada Ain. Ain hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Susunan tempat duduk dalam kelas 3USM agak berbeza daripada kelas lain.


 Kelas lain akan menyusun dua meja untuk setiap satu barisan namun kelas 3USM lebih selesa menyusun tiga meja.Dalam kelas mereka Ain, Ami dan Anis duduk di satu meja yang sama manakala Aliaa,Farah dan Mira di meja yang sama. Lina pula duduk bersama Fitrah dan Enani.



"Nak tegur tak?" tanya Ain. Dia hanya memberi kata isyarat. Namun, tindakan Ain menyebabkan Teacher Rosmah perasan tindakannya yang tidak fokus dalam kelas lalu dia berjalan kearah meja Ain.Namun, Ain tidak perasan kehadiran guru itu di hadapannya.



Dari tepi Ain dapat perasan isyarat mata daripada Aliaa dan Mira yang menyuruh dia menoleh ke hadapan sambil memuncungkan mulut ke depan. Ain berasa tindakan dua sahabat itu sangat lucu lalu dia ketawa. Tiba-tiba dia terasa telinganya seperti ditarik oleh seseorang.Nasib baik dia memakai tudung sekolah, sakit kena cubit tak adalah terasa sangat.



"Ain Natasha...What are you up to?You are talking with whom?hm?"



"Err...I'm sorry teacher. Actually I just want to strecth my body.Exercise my lips.Hehehe." Ain menjawab tergagap-gagap.Takut sebenarnya.Sakitnya telinga aku..huhu..desis Ain dalam hatinya.



Selesai sahaja kelas bahasa Inggeris pada hari itu, lantas mereka berenam berkumpul di tempat duduk Ain.



"Ain..Kau nangis ke?Itulah kau..aku kasi isyarat pun kau tak faham, pastu gelak pula.Kan dah kena." Aliaa hanya menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba mereka terdengar satu suara yang tak perlu menoleh mesti kenal tuan punya badan.


"Weyh, kawan-kawan. Aku tak sangka Gary pun reti menangis." Gary adalah gelaran yang diberi kepada Ain ketika mereka tingkatan satu. Ain sendiri tidak tahu kenapa gelaran itu diberi kepadanya.



"Weyh, Shahrul. Lebih baik kau diam. Bila masa pula aku nangis,hah? Ingat aku lembik macam kau ke?huh!"arghhh..geram..Ain geram dengan perangai Shahrul. Namun, sebelum sempat taufan melanda cepat-cepat Hafizi menenangkan mereka yang lain.



"Eleh, banyak cakap pula minah ni. Gary..Gary..Gary..Hahaha" Shahrul gelak jahat. Ain yang geram segera menuju kearah Shahrul.Dia memegang botol air Ami yang berwarna biru dan ingin memukul Shahrul. Namun, sememangnya malang tidak berbau rupa-rupanya botol air itu tidak ditutup dengan rapat dan ketika Ain membaling botol air itu, air yang terdapat dalam botol itu habis terkena baju Shahrul dan serentak itu satu kelas ketawakan dia. Ain terkedu manakala Shahrul menyimpan dendam.



"Habislah aku." desis hati kecil Ain.




"Kau....." Shahrul berlari mengejar Ain. Kelas 3USM gamat dengan gelak ketawa melihat Ain dan Shahrul yang tak ubah seperti anjing dan kucing. Hafizi cuba menolong namun sebaliknya dia yang terkena.



"Sudahlah korang berdua ni.."



"Fizi....tolong aku..Shahrul..sorry.." Ain masih sempat bersuara. Masing-masing tak nak mengalah, mereka hanya berhenti sekejap untuk berehat namun mereka teruskan semula apabila sudah mendapat tenaga.


"Korang ni nak gaduh pun, gaduh lah tapi jangan libatkan botol air aku." suara Ami seperti merajuk.


Kring!!!!!!!!!!!!! Kali ini loceng yang berbunyi tidak seperti selalu. Loceng kecemasan?? Masing-masing tertanya. Selepas beberapa minit loceng itu masih berbunyi lalu kedengaran pelajar-pelajar beratur di luar kelas dan berjalan menuruni tangga mengikut laluan yang telah disediakan.



Pergaduhan yang terjadi antara Ain dan Shahrul terhenti. Mereka semua beratur di hadapan kelas dan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Mereka sememangnya sudah mendapat taklimat tentang laluan yang seharusnya diambil.


Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di padang. Kawasan padang yang luas telah berjaya memuatkan ratusan pelajar. Pengawas dikumpulkan di setiap barisan tingkatan untuk mengawal pelajar.Ketua kelas dan penolong kelas diarahkan untuk mengira jumlah rakan sekelas mereka dan memastikan mereka semua ada dalam barisan.


Namun, apabila Ain mengira jumlah pelajar rakan sekelasnya mereka kekurangan seorang ahli.



"Mana Lina??" tanya Ain.Cemas. Namun, pertanyaan hanya tinggal soalan. Tiada seorang pun yang tahu di mana Lina berada.



"Saya rasa masa Ain dengan Shahrul tengah bergaduh tadi saya nampak dia keluar.Mungkin pergi tandas kot.Tapi sebelum tu saya ada nampak sorang senior ni.Diorang bersembang tapi saya tak tau pula diorang cakap apa. Kelas kan tengah kelam kabut masa tu.Bila tengok sekali lagi dia dah hilang." kata Thevisri.



"Kena laporkan dekat cikgu ni.Korang tengok lagi siapa yang tak ada dekat sini, ok." Sementara menunggu Ain berjumpa dengan guru yang bertugas, Cikgu Rosdiah Guru Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) berkata, " Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya baru mendapat aduan dari pihak bomba bahawa sekolah kita mengalami kebaran di blok D. Kebakaran bermula dari belakang sekolah dan sudah merebak ke blog C. Kebakaran ini disyaki berpunca daripada sepuntung rokok yang dibuang ke arah longgokan kotak di belakang sekolah. Pelajar yang disyaki telah ditahan. "




"Ain..kamu pasti Amalina tiada dalam barisan rakan sekelas kamu?" tanya Puan Roziah a.k.a guru kelas 3USM merangkap guru sejarah mereka.



"Pasti, cikgu." Ain mengangguk.




Setelah itu, pastas Cikgu Roziah melaporkan hal itu kepada Cikgu Rosdiah. Beberapa minit selepas itu, kedengaran bunyi siren ambulan menuju ke arah sekolah mereka. Ahli GMS yang lain berpandangan sesama mereka.




Kemudian, mereka terlihat susuk tubuh seorang remaja perempuan yang sedang diusung oleh paramedik. Gadis tersebut ialah Amalina, sahabat mereka. Namun, mereka tidak sempat berbuat apa-apa. Ambulan itu sudah bergerak keluar dari sekolah mereka.

"Petang nanti kita melawat Lina.Parents aku ada dekat rumah petang ni so, kita boleh pergi naik kereta aku." tekad Farah. Mereka yang lain hanya mengangguk sahaja.


***********


Seperti yang telah dirancang, petang itu mereka yang lain pergi melawat Lina di hospital. Anis membawa sedikit buah tangan kepada Lina.Kebetulan hari itu, ibunya membuat kek coklat jadi dia bawa sedikit  untuk Lina. Sewaktu mereka tiba di hospital kelihatan ibu Lina, Puan Suzana tutut berada di situ menemani anaknya.



"Assalamualaikum, mak cik." kata mereka serentak. Puan Suzana segera menoleh kearah mereka sambil tersenyum. Tika itu, dia sedang menyuapkan bubur nasi kepada anaknya.



"Ibu, Lina dah kenyang.Nanti Lina sambung makan ye.Boleh tak?Lina nak sembang dengan kawan-kawan." Kata Lina kepada ibunya. Ibunya hanya mengangguk tanda memberi kebenaran kepada anaknya lalu dia bangun menuju ke luar bilik pesakit untuk ke tandas.



"Kau ok?Macam mana benda ni boleh jadi?" tanya Farah. Dia kelihatan bimbang.


"Aku pun tak berapa pasti. Lepas gaduh dengan Kak Husna kami kena pergi bilik disiplin. Kak Husna tampar aku. Kebetulan masa tu Cikgu Rohana ternampak sebab tu kena kumpul depan bilik disiplin. Masa Ain dengan Shahrul tengah bergaduh, Kak Husna datang kelas kita. Diorang ajak aku pergi dekat tandas blok D.Nak bincang pasal masalah kami..bila aku pergi situ tiba-tiba kepala aku kena pukul dan bila aku sedar aku dah terlantar dekat hospital ni."



"Nampak sangat ni kes aniaya orang. Betul tak? Diorang ada motif nak cederakan kau." kata Mira kepada yang lain.



"Kita siasat kes ni nak?" tanya Ami.


"Maknanya kem hari isnin ni kau tak dapat ikutlah. Kau rehatlah cukup-cukup, ok. " kali ini Ain pula yang bersuara diikuti oleh Aliaa.


"Korang nak siasat ke kes ni? Kes ni dah jadi kes polis dah pun. Kita tak patut masuk campur. Tapi kawan kita teraniaya, memang tak patut betul. Apa sebenarnya masalah antara kau dengan Kak Husna? Sebab lelaki?" tanya Lya namun Lina hanya diam sahaja. Lya membuat kesimpulan bahawa kenyataannya tentang Lina dan Kak Husna bergaduh kerana seorang lelaki dan orang yang mula-mula cetuskan hal ini ialah Kak Husna sendiri.


"Perempuan tu mesti dah gila agaknya. Kes ni boleh disabitkan bawah Akta Pencubaan Membunuh. Boleh masuk penjara kalau didapati bersalah. Ntah-ntah kena buang sekolah sekali, tak sempat nak ambil SPM pun. Dia tak fikir ke semua ni." kata Ami dengan penuh semangat.


"Ami..Kau ada gaya jadi peguam. Siap hafal lagi segala akta undang-undang. Bersemangat pula tu. Cayalah." Ain menepuk belakang Ami sambil tersenyum. Ami seorang gadis yang tidak banyak cakap namun sekali dia berbicara macam-macam perkara dia boleh bahaskan. Diam-diam ubi berisi.Hehehe


"Banyaklah kau peguam. Hancur kes tu kalau dapat dekat aku." mereka yang lain tergelak. Terhibur dengan gelagat Ami.


"Kau ni ada-ada je Ami. Kecian dekat Lina, tengah sakit kau buat lawak pula." Anis memberikan senyumannya yang paling manis kepada Ami. Ami hanya tersengih sahaja.


"Eh, tak adalah..Korang datang jenguk aku ni pun aku rasa gembira dah. Rasa bersyukur, terharu ada gak." kata Lina.


"Jangan touching-touching kat sini weyh." Anis mengusik Lina.


"Makan jom. Buat penat je Anis bawa kek coklat tu tapi tak jamah pun. Nampak macam sedap, tu belum makan lagi dah kata sedap. Bila makan mesti sedap gila." Ain teruja.


"Eh, kek tu Anis bawa untuk Lina. Kau yang tengah sihat walafiat ni tak payah lah. Duduk je diam-diam dekat kerusi tu. Hah, jangan nak tunjuk mucung sedepa kau tu dekat aku.Ingat comel." Ami belagak serius manakala Ain sudah mengeluarkan muncungnya.Setelah itu, mereka pulang dengan menaiki kereta ibu Farah.

Friday 13 April 2012

GMS Episod 2

Petang itu seperti yang dijanjikan mereka berenam berkumpul di tempat biasa. Mereka akan membincangkan soal masalah disiplin yang semakin menular dalam kalangan pelajar di sekolah mereka. Tiba-tiba dari jauh mereka terlihat Ain berjalan ke arah mereka sambil tersengih.

"Kata tak nak keluar petang ni?Tiba-tiba je muncul.Dah siap ke kertas kerja Cik Ain Natasha oii..?" tanya Ami yang sudah mengeluarkan muncung yang panjang.Bukan dia tidak suka Ain datang tetapi Ain sememangnya orang yang sukar dijangka.Apa yang selalu diucapkan mesti bertentangan dengan apa yang dia lakukan. Tiada siapa yang dapat meramal tindakan gadis itu.

"Err..dah.Mestilah aku datang petang ni.Aku pun nak tau perkembangan terkini pasal kelab kita ni.Rugilah kalau terlepas.So, petang ni apa yang kita nak bincang? " malas Ain nak memanjangkan cerita.Sebenarnya kertas kerja itu baru sahaja siap sebelum dia keluar tadi.Setelah pulang dari sekolah tadi dan makan tengah hari dan bersolat zohor, dia terus menyiapkan kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Rohana.

"ok.Setakat yang kami dapat catit masa rehat tadi, kebanyakan kes yang kami baca lebih kepada kes rokok dan kesalahan pemakaian pelajar dalam sekolah kita.Sebab tu kitorang buat keputusan nak jumpa petang ni. "kata Anis.

"Kalau kes rokok macam susah kita nak trace sebab diorang ni bijak.Tapi kalau kes kesalahan pemakaian, aku rasa kita boleh suggest dekat cikgu-cikgu cadangan kita macam mana nak atasinya.Ok, aku kasi contoh erk..Katakan seorang murid perempuan ni pakai stokin pendek so, jalan penyelesaiannya kita rampas stokin tu.Bila dah selalu kena mesti dia fed up stokin dia asyik kena rampas je so, pas tu dia mesti takkan pakai dah.Betul tak?" Mira memberi cadangan diikuti oleh Aliaa.

"Betul gak tu.Kalau diorang bawa telefon bimbit ke sekolah kita suggest la dekat cikgu kalau diorang kena tangkap bawa benda haram tu datang sekolah, hujung tahun baru boleh ambil balik tu pun kalau diorang bawa parents datang sekolah pastu tandatangan surat perjanjian.Kasi insaf sikit."

"Elok sangatlah tu cadangan korang.Aku setuju.Tapi ingat tak dulu time form 2?Kita selalu curi-curi bawa handphone ke sekolah.Asal ada spot check tong sampah jadi mangsa.Memang nasibla." pecah ketawa mereka tujuh sahabat.Masing-masing terasa lucu dengan apa yang Farah katakan sebentar tadi.

Sememangnya sebelum dilantik menjadi pengawas, mereka juga sering melanggar peraturan sekolah.Bawa telefon bimbit, pakai stokin pendek dan berwarna-warni, pakai rantai dan macam-macam lagi.Namun, mereka selalu bernasib baik kerana tidak pernah ditangkap oleh cikgu disiplin.Tetapi setelah dilantik menjadi pengawas mereka bertekad untuk menjaga tatasusila dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar.Namun, mereka masih lagi bersifat gila-gila dalam sesetengah hal.

"Yang paling gelabah sekali bila cikgu buat spot check mesti Ain. Aliaa, Farah dengan Mira selalu cool je.Ain mesti kelam kabut.Tulah nak langgar peraturan tapi takut.Dah tau takut buat juga.Haiya." Ami menggelengkan kepala manakala Ain hanya tersengih sahaja.

"Aku rasa esok kita boleh suggest dekat cikgu apa yang kita bincang petang ni.Erm, aku ada satu cadangan tapi aku tak pasti korang setuju ke tak." Farah bersuara.

"Cadangan????Cadangan apa?" tanya Anis kepada Faraheen. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri menunggu butir bicara Farah yang seterusnya.

"Kita buat t-shirt untuk kelab ni nak tak?"tanya Farah kepada yang lain.

"Ok juga tu.T-shirt untuk kelab.Mana nak cari kedai buat baju?Macam mana nak tempah?Berapa kos untuk sehelai baju?"

"Banyaknya soalan yang kau tanya Ain.Mana satu aku nak jawab dulu pun aku tak tau." Farah hanya geleng kepalanya.

"Aku rasa laparlah.Apa kata kalau kita pergi beli burger dulu baru bincang lagi pasal ni.Boleh tak?"

"Kau ni Ain, asyik fikir pasal makan je.Oklah.Kau pergi beli,ok.Siapa yang nak boleh bagi duit dekat Ain." yang lain hanya setuju sahaja.

Selepas beberapa minit pergi membeli burger Ain kembali kepada mereka sambil menatang satu beg plastik yang penuh dengan makanan.

"Nah korang punya burger.Sorang satu je kan?"

"Ain, asal kau punya burger sampai tiga?Tak kenyang ke makan satu je? Aku ni nak habiskan satu burger ni pun susah." tanya Mira.

"Kau ni macam tak kenal Ain je.Dia mana cukup satu.hahaha" Aliaa membalas pertanyaan Mira. Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Ok, kita teruskan pasal rancangan nak buat t-shirt.Nak mula dari mana? Siapa tahu dekat mana kita boleh tempah t-shirt?"tanya Anis kepada mereka yang lain.

"Aku rasa kita kena tangguhkan dulu perbincangan kita ni.Nanti kita sambung balik.Lagipun, sekarang dah hampir jam 6.30.Kita kan nak solat jemaah dekat surau magrib ni." Farah bersuara setelah melihat ke arah jam tangannya.

Petang itu mereka tidak sempat untuk menghabiskan perbincangan soal t-shirt kerana hari sudah semakin gelap dan sebentar lagi laungan azan menandakan masuknya waktu solat akan berkumandang.Mereka selalunya pergi ke surau untuk bersolat secara berjemaah. Oleh itu, dalam pukul 6.30 mereka sudah pulang ke rumah masing-masing untuk bersiap ke surau.



**********


Keesokan harinya di sekolah, seperti biasa Ain akan dipanggil oleh Cikgu Rohana di bilik disiplin.Pengawas yang lain dibenarkan keluar rehat 5 minit sebelum waktu rehat bermula namun, bagi tujuh sahabat ini walaupun sudah diberi kebenaran untuk keluar awal namun mereka enggan terlepas walau sedikit pun ilmu yang cikgu curahkan.Oleh itu, mereka lebih selesa untuk keluar tepat pada waktunya.


Seperti biasa, oleh kerana Ain tidak sempat untuk membeli makanan jadi dia hanya berpesan kepada Ami sahaja. Ain diminta untuk datang ke bilik disiplin dengan segera. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu, Ain dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.


Awal pagi tadi dia telah menghantar kertas kerja yang disiapkan di rumah kepada Cikgu Rohana. Dia sudah memeriksa kertas kerja itu dengan teliti, bimbang sekiranya terdapat kesalahan dalam setiap data yang ditaip. Dia menyangka Cikgu Rohana akan berpuas hati namun tiba-tiba ketika dia ingin ke kantin seorang pengawas tingkatan 2 menyuruhnya untuk pergi ke bilik disiplin atas arahan Cikgu Rohana. Alamak, cuak seketika. Setelah memberi salam dan mengetuk pintu, Ain masuk ke dalam bilik itu.


"Waalaikumusalam.Oh, kamu rupanya Ain. Silakan masuk. Maaf kalau cikgu ganggu masa rehat kamu." Cikgu Rohana tersenyum ke arah Ain sambil matanya tidak lepas dari memandang kertas kerja yang Ain siapkan.


"Kenapa cikgu nak berjumpa dengan saya, ye? Ada kesalahan ke dalam kertas kerja yang saya siapkan?" dengan perasaan yang ragu-ragu Ain utarakan soalan itu.


"Sebenarnya kertas kerja ini tiada yang salah, semuanya mengikut apa yang saya katakan kepada kamu.Saya memanggil kamu ke sini kerana saya memerlukan bantuan kamu untuk siapkan minit mensyuarat pengawas yang akan diadakan pada petang ini.Rumah kamu dekat saja kan? Kamu tak kisah ke kalau balik lambat? " mungkin kerana haus, Cikgu Rohana meneguk segelas air sebelum menyambung percakapannya.


"Saya dah bercakap dengan Maisarah tadi tapi dia tidak dapat hadir pada petang ini kerana rumahnya agak jauh dari sekolah jadi dia terpaksa balik dengan menaiki bas. Petang ini hanya menyuarat dalam kalangan ahli majlis tertinggi dalam lembaga pengawas sahaja. Mesyuarat ini tidak formal sangat kerana kita akan bincangkan soal kem kepimpinan pengawas pada hari isnin ini. "


Sebenarnya, minggu depan semua pelajar akan mula bercuti sekolah selama seminggu namun bagi pengawas pula mereka terpaksa berkorban sedikit ketika waktu cuti sekolah kerana kem tersebut akan dijalankan ketika cuti sekolah ini. Oleh itu, Cikgu Rohana sangat sibuk kerana dia yang menguruskan aktiviti ini.


Setelah bersetuju untuk menggantikan Kak Mastura pada petang itu, Ain segera menuju ke kantin untuk berjumpa dengan mereka yang lain. Ain memberitahu perkembangan terkini kepada mereka yang lain. Masing-masing menunjukkan riak muka yang terkejut, bukan terkejut kerana Ain terpaksa menggantikan Kak Mai petang ini tetapi mereka terkejut kerana kem akan diadakan ketika cuti sekolah.


Walaupun mereka sudah sedia maklum bahawa kem kepimpinan pengawas akan diadakan dalam masa terdekat namun mereka tidak menyangka kem itu akan diadakan ketika cuti sekolah.


"What???Kau biar betul? Macam ni rasa tak semangat dah nak ikut kem tu. Kenapa mesti masa cuti sekolah? Aku dah plan macam-macam masa cuti ni. Waaaaa....." Aliaa menunjukkan tanda protes terhadap tarikh yang ditetapkan oleh cikgu. Namun, Mira telah mencubit Aliaa menyebabkan Aliaa menjerit kesakitan. Mereka yang berada di kantin ketika itu terdengar jeritan Aliaa dan menoleh ke arahnya.Muka Aliaa merona merah kerana malu dengan perbuatannya.

"Asal kau cubit aku?" Nyata dia tidak berpuas hati.

"Aku buat macam tu untuk sedarkan kau balik. Eh, korang ingat tak bila kita kasi tau pasal kem ni dekat dia? Siapa orang pertama yang melompat syok sorang-sorang..dalam kelas pula tu.Semua orang tengok pun dia buat tak tahu.Bila dah tetap tarikh tarik muka plak.Haish.." Mira menggelengkan kepala sambil tersenyum kepada Aliaa.Nah, ambik kau..suka sangat sakat orang bila kena balik tau pun.Kihkihkih...

"Yela..yela..tapi janganlah cubit.Tengok..tak pasal-pasal aku buat show free dekat kantin ni." mereka semua tergelak sebelum masing-masing bergerak ke tempat yang telah ditetapkan dalam jadual tugasan harian..

Kring!Kring! Loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah berakhir.Sebelum masuk ke dalam kelas Aliaa sempat mencuit pinggang Mira lantas menyebabkan Mira melatak.

"Oi, mak kau terpocot." Mereka yang berada di situ tika itu tergelak mendengar Mira melatah. Mira memang pantang kalau ada orang sentuh bahagian pinggang.Katanya di situ ada banyak reseptor. Mira menunjukkan muka tidak puas hati kepada Aliaa namun Aliaa hanya buat muka slamber sahaja.

"Hahaha..padan muka kau.Tulah kenakan aku tadi eh..sekarang kau kena balik" Aliaa berbisik di dalam hati sahaja tak berani nak luah kang merajuk pula minah sorang ni. Dahlah susah nak pujuk.

"Sorry..pas ni aku tak buat dah.." Aliaa hanya tersengih manakala Mira hanya mencebik.Farah dan Anis yang menyedari hal itu segera berlari kearah Mira dan Aliaa.

"Korang berdua ni pehal? Gaduh erk?" tanya Farah dan disusuli dengan pertanyaan daripada Anis.

"Korang ni...tak yah lah gaduh.Tak elok tau masam muka macam ni. Tak comel lah." Anis cuba untuk memujuk.

Aliaa dan Mira baru sahaja ingin bersuara namun tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan Ami dan Ain dari jauh.

"Korang..korang..masalah.." Ain tercunggap-cunggap.Keletihan kerana berlari.

"Masalah apa? Cakaplah." Farah bertanya kepada Ain dan Ami. Ain tidak mampu untuk bersuara kerana masih letih berlari.

"Lina...Lina..dia bergaduh dengan kakak senior. Diorang sekarang ada depan bilik disiplin." Ami bersuara setelah menyedut udara dengan banyak. Mereka yang lain terkedu. Apa pula masalah yang menimpa diorang kali ini.



p/s: tolong komen ye..thanks.. :)


Monday 9 April 2012

GMS Episod 1


"GMS?????" suara mereka bersatu.

"GMS tu apa??" masing-masing tertanya dengan persoalan yang Aliaa lontarkan. Namun, perkara tersebut hanya diketahui oleh Aliaa,Syamira dan Farahen. Masing-masing berasa teruja dan tidak sabar untuk mendengar penjelasan selanjutnya daripada Aliaa. Setelah berfikir dan menyusun ayat dengan lebih teratur, Aliaa bersuara.

"Sebenarnya GMS tu Geng Meronda Sekolah.Kalau nak lebih sedap didengar GMS juga ialah Geng Merendek Sekolah.Tugas dia lebih kurang macam tugas kita sebagai pengawas di sekolah tetapi lebih kepada tugas yang dilakukan oleh kita bertujuh sahaja.Ada faham?"

"Erm, GMS...haa...macam GBS kn? Ala, cerita kat Astro tu.Geng Bas Sekolah.Cerita kegemaran kita bertujuh.Kau dapat idea dari situ ke Lya?"sengaja Ain menduga Aliaa.Maklumla mereka ni spesies yang suka mengusik.

"Lebih kuranglah aku dapat idea dari situ tapi kita bukan pergi sekolah naik bas, kita jalan kaki.Eh, bukan ke kau sorang je yang suka tengok cerita tu? Kitorang ni teman kau tengok je.Yelah, mana taknya bila cerita tu mula, muncul la sikap kanak-kanak kau tu.Merengek sana sini nak tengok cerita tu.Kalau tak kasi tengok nanti merajuk pula."Semua gelakkan Ain.Ain sememangnya begitu, sejak dari kecil sehingga sekarang perangai tidak pernah berubah.Ain sukakan cerita yang berunsurkan kanak-kanak dan karton.Sebab itu perangai dia pun macam kanak-kanak yang tidak matang. Namun begitu, mereka yang lain terhibur dengan telatah Ain yang nampak melucukan.

Pernah dulu ketika mereka bertujuh masih kecil, mereka suka bermain masak-masak.Ain pasti akan memilih untuk menjadi anak kerana dia suka menjadi budak kecil.Langsung tidak matang walaupun sekarang sudah berusia 15 tahun.

"Ok, aku rasa semua setuju dengan cadangan kami bertiga.So, ada apa-apa cadangan?"tanya Faraheen.

"Sebenarnya, kenapa kita tubuhkan kelab ni?Apa motif sebenar korang semua?"tanya Lina sambil tangannya pantas menekan punat telefon bimbit.Maklumlah orang tengah hangat bercinta.

"A'ah, bukan ke kita dah jadi pengawas dekat sekolah dan kita ni merupakan ahli rasmi Kelab Pencegah Jenayah.Tak perlu rasanya kita tubuhkan kelab baru semata-mata untuk tengok keadaan sekolah."kali ini Anis pula yang bersuara.

"Sebenarnya macam ini, sekolah kita sememangnya sudah selamat dengan adanya pak cik guard dan pengawas yang mengawasi pelajar tetapi kau tengoklah.Setakat ni berapa kes je yang kita berjaya selesaikan? Kes rokok punyalah banyak dekat sekolah tetapi pihak pengawas gagal juga nak tangkap diorang hisap rokok dalam sekolah.Terbaru aku dengar ada kes seludup dadah dalam sekolah kita tetapi aku tak pasti sama ada perkara tu melibatkan pelajar atau orang luar." mereka semua khusyuk mendengar penjelasan Faraheen.

"Aku rasa tak salah kalau kita bertindak ikut keadaan dan cuba siasat kes ni.Aku pernah dengar mama Ros bercakap soal ni dengan Cikgu Rohana tetapi bila aku masuk campur aku kena marah dengan mereka berdua.Cikgu kata kes ni dah jadi kes polis.Sekarang ni bukan itu masalahnya, aku rasa dengan adanya kelab ni tambah pula dengan kepintaran kita bertujuh kita pasti dapat mengurangkan kes jenayah dalam sekolah kita.Korang tak rasa macam tu ke?"Aliaa sedaya upaya menerangkan kepada sahaba-sahabat yang lain tentang penubuhan kelab baru ini.

"Aku setuju dengan Aliaa.Lagipun kita bukan sahaja menolong pihak sekolah kita juga mampu membanteras jenayah yang berlaku dalam sekolah kita ni."giliran Miera pula yang memberi pendapat.

"Cara kau cakap macam sekolah kita tu teruk sangat."Ami pula yang bersuara. Nyata masing-masing belum dapat memberi kata putus tentang penubuhan kelab baru mereka.

"Apa kata kalau kita cuba dahulu.Mungkin cara ini berkesan tetapi semua ni memerlukan kerjasama yang padu dalam kalangan kita bertujuh.Amacam?Ok tak cadangan aku?Daripada kita terus menerus mempersoal tentang hal ni lebih baik kita cuba dulu.Kalau ternyata dengan adanya kelab GMS ni mampu mengurangkan jenayah sekolah kita, aku rasa aku sokong.Lagipun, tak salah kalau kita mencuba,kan?" sebenarnya Ain berasa rimas dengan semua soalan yang ditujukan lalu dia membuat keputusan untuk bersuara.Buat seketika mereka terdiam, mungkin sedang memikirkan kebenaran kata-kata Ain.

"Terima kasih Ain untuk penjelasan tu.Aku rasa apa kau kata tu betul juga.Tak salah mencuba.So, kawan-kawan yang lain macam mana?" tanya Aliaa sambil tersenyum.

"OK" mereka yang lain bersetuju untuk menubuhkan satu kelab yang dinamakan GMS iaitu Geng Meronda Sekolah.

"Jadi, apa perancangan seterusnya?"tanya Ami.

"Kita kena lantik jawatankuasa untuk lancarkan misi kita." Faraheen semamangnya memiliki semangat seorang President justeru dia dilantik menjadi President kami manakala Aliaa dan Syamira dilantik sebagai Naib President. Sementara itu, tugas mencatit segala aktiviti kelab akan diuruskan oleh Ain dan Ami.Yang lain pula akan menjadi ahli sokongan kelab.

"Anis dan Lina, aku rasa aku perlukan pertolongan korang berdua untuk cari maklumat tentang kes di sekolah kita yang belum selesai.Ain dengan Ami korang berdua pula tolong catit apa yang patut.Ain, fail untuk setiap apa yang kau catitkan boleh tak kau sponsor sikit.Beli je fail yang murah lepas tu cantikkan fail tu macam yang selalu kau buat, ok.Tak apa kan?" Ain dan Ami menggangguk sahaja dengan arahan yang diberi oleh Farah.

"No problem.Aku kan penolong setiausaha lembaga pengawas lagipun kerja-kerja macam ni aku dah terbiasa.Kau serah saja benda tu dekat aku,ok." Ain menunjukkan thumbs upnya kepada Faraheen.

"Aku dan Lina pun ikut sahaja.Mulai esok, kitorang akan cari maklumat tu.Jangan risau,ok." Anis bercakap sambil membetulkan tudungnya.

"Cara korang cakap macam polis je aku tengok.Serius semacam" mendengarkan apa yang baru sahaja dicakapkan oleh Lina mereka semua ketawa.Tidak sabar rasanya menunggu hari esok untuk memulakan langkah pertama dalam menjayakan kelab mereka.
********

Keesokan harinya ketika di sekolah,

“Sekarang macam mana kita nak buat erk?” Lina menggaru kepalanya yang tidak gatal.Anis hanya menjungkitkan bahu menandakan dia juga pening hendak mula dari mana.

“Aku rasa kita kena cari dekat fail disiplin yang ada dalam bilik disiplin.Tetapi, masalahnya Cikgu Rohana selalu ada dalam bilik dia.Kalau kita ambil mesti kita kena marah.Lagipun, fail tu semua Ain je yang tahu mana satu yang ada data pasal masalah disiplin.Kerja tu kan tugas dia sebagai setiausaha.Betul tak?” sekarang mereka berdua seolah-olah ketandusan idea macam mana hendak mendapatkan maklumat yang diminta oleh Faraheen.

Tiba-tiba mereka terlihat kelibat Ain dari jauh.Lalu mereka segera berlari ke arah Ain yang sedang menuju ke bilik disiplin.

“Kau buat apa dekat sini Ain? ” soal mereka berdua secara serentak.

“Cikgu Rohana panggil aku lagi.Kena siapkan kertas kerja untuk kem pengawas minggu depan.Korang dah tahu belum pasal ni?Minggu depan kita ada kursus kepimpinan pengawas dekat Pulau Pinang.” Nampaknya bukan hanya Ain yang teruja soal ini, Anis dan Lina turut merasakan hal yang sama.

Kursus seperti ini memang setiap tahun diadakan oleh pihak sekolah untuk melatih pengawas cara memimpin di sekolah.Pengawas akan dilatih dengan latihan yang berbentuk kepimpinan dan aktiviti fizikal serta mental.Aktiviti-aktiviti sebegini diadakan supaya dapat melatih pengawas yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal.

“Kenapa kau yang kena siapkan kertas kerja tu.Kak Maisarah kan setiausaha.Kau penolong dia, patutnya kau cuma tolong siapkan laporan dan kemaskini data je. ” Lina ternyata tidak berpuas hati dengan Kak Mai kerana asyik menyuruh Ain melakukan kerjanya.

“Aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan dekat kau tapi ini arahan Cikgu Rohana.Aku ikut je takkan aku nak bantah arahan cikgu pula?Aku rasa Cikgu Rohana serah tugas ini dekat aku sebab Kak Mai sibuk dengan pelajaran dia.Mesti dia tak nak ketinggalan pelajaran.” Ain memang begitu, sebolehnya dia akan membantu selagi terdaya.Lagipun, dia suka menyiapkan kertas kerja untuk sesuatu projek.Dia ingin melatih dirinya menjadi seorang yang cekap dalam melakukan setiap tugas yang diberikan melalui pengalaman yang dia dapat.

“Ikut suka hati kau lah.Memang susah nak nasihat orang yang degil macam kau ni.” Ain hanya tersengih mendengar apa yang Lina katakan.

“Oh, ya.Kenapa korang berdua ada dekat luar bilik disiplin ni? Kenapa tak masuk je dalam bilik tu? Kan Cikgu Rohana ada tu.” Ain terlupa untuk bertanya soal itu pada awalnya.Dari jauh dia dapat melihat tingkah laku Anis dan Lina yang menjenguk ke dalam bilik disiplin tetapi tidak pula masuk ke dalam atau ketuk pintu untuk berjumpa dengan Cikgu Rohana.

“Sebenarnya kitorang nak ambil maklumat yang Farah suruh cari tu.Tapi kitorang takut Cikgu Rohana tanya macam-macam lagipun banyak sangat fail mesti pening masa nak cari nanti.Kebetulan kau yang tulis laporan semua tu pastu kitorang nampak kau dating sini tu yang kitorang nak minta tolong sikit dekat kau. ” panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh Anis kepada Ain.

“Kenapa tak cakap awal-awal.Kalau aku tahu mesti aku tolong.Fail yang korang nak tu ada label warna biru dekat tepi fail.” Ain memang sengaja mencadangkan kepada Cikgu Rohana untuk melekatkan label warna yang berbeza pada setiap fail supaya senang untuk dicari.

Setelah mengambil fail tersebut Ain menyerahkannya kepada Anis. “Korang ada masa 15 minit je untuk salin apa yang patut.Cikgu Rohana mesti marah kalau dapat tahu aku bawa keluar fail ni.Cepat sikit tau.” Setelah menyalin apa yang patut mereka menyerahkan kembali fail tersebut kepada Ain dan segera pulang ke kelas.

Sekembali mereka ke kelas, Ami menghampiri Anis dan Lina. “Macam mana?Dapat apa-apa tak? Ain tak dapat nak catit pasal ni, so aku yang akan ganti Ain.” Ami membuka fail merah jambu yang comel dibalut oleh Ain yang menjadi fail rasmi kelab mereka.

“Kebanyakan kes yang aku baca tadi lebih kepada kes rokok dan kesalahan pemakaian pelajar dalam sekolah kita. Mungkin kita patut bincang soal ni dengan Farah dan yang lain.Mungkin diorang boleh kongsi idea macam mana nak selesaikan masalah ni.” Terang Anis kepada Lina dan Ami.

“Mungkin kita patut berkumpul petang ni dekat tempat biasa.Nanti aku inform dekat diorang yang lain.” Ami memberi cadangan.Anis dan Lina hanya bersetuju sahaja.

Beberapa ketika selepas itu, Ain masuk ke kelas dengan membawa satu fail putih yang terdapat label warna kuning di tepinya.Fail itu adalah fail khas untuk kertas kerja yang disiapkan oleh setiausaha. Farah, Aliaa dan Miera juga menghampiri mereka.

“Aku tengok kau ni dah macam setiausaha bukan penolong.Semua kerja kau buat, laporan, kertas kerja lepas ni apa pula kerja yang kau dapat.Kau tak letih ke?” Miera bertanya kepada Ain sambil menghulurkan sandwich dan air kotak yang dibelinya di kantin sebentar tadi kerana Ain tidak sempat menjamah apa-apa makanan terus dipanggil oleh Cikgu Rohana di bilik disiplin.

“Dah biasa lah. Petang ni aku tak dapat keluar tau sebab nak siapkan kertas kerja ni sebab esok cikgu nak tengok dah.Kena cepat sebab pengetua nak sahkan.Lagipun kerja sekolah kita pun bertimbun aku kena siapkan”

“Sebenarnya petang ni memang nak ajak semua berkumpul bincang tentang kelab kita.Ami kena ganti Ain la ya catit apa yang patut.” Faraheen tersenyum.

Kemudian mereka semua kembali ke tempat duduk masing-masing kerana sebentar lagi Cikgu Azman guru Bahasa Melayu mereka akan masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran yang seterusnya.


p/s: harap korang terhibur dengan cerita mereka ni. Tolong komen ye..terima kasih.. :)

Sunday 8 April 2012

GMS (Epilog)



Rata-rata pelajar kelas 2USM dikenali sebagai pelajar yang paling menurut kata dan anak kesayangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Stone 5.Cewah, betul sangat la tu.Depan cikgu-cikgu mesti kena jaga.Maklumla kelas budak pandai.Walaupun sekolah kami bukanlah dari kategori sekolat elit atau sekolah berasrama penuh mahupun MRSM namun, sekolah ini tetap berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya.Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan dengan lancar.

Semua pelajar dan guru kagum dengan 'kegigihan' dan 'semangat' pelajar kelas 2USM.Walaupun kadang-kadang ada juga desas-desus yang mengatakan pelajar 2USM bukan hebat sangat pun, biasa sahaja.Alah, mulut orang memang susah nak tutup,kan?So, kalau kitorang dengar suara-suara sumbing macam tu, kitorang buat dono jew malas nak ambil port.

Sekarang baru mula musim persekolahan bagi tahun 2009, Ain Natasha,Aliaa Syakira,Nur Syamira,Nur Amizatul,Faraheen,Anis Syahirah,Amalina pergi ke sekolah bersama-sama.Mereka bertujuh dilantik menjadi pengawas pada tahun ini.Sepanjang tiga tahun berkawan, mereka berada di kelas yang sama dan setiap seorang dari mereka mempunyai watak yang berbeza namun semua itu tidak dijadikan halangan dalam bersahabat malah sesuatu yang merapatkan hubungan mereka.

Sudah hampir seminggu kelas berjalan namun keadaan kelas 3USM pada hari ini agak lenggang.Suasana kelas ketika itu sangat bising dengan keriuhan pelajar.Masing- masing teruja kerana guru mata pelajaran Geografi tidak dapat hadir ke sekolah kerana mc 2 hari.Disebabkan hal itu, ramai yang bergembira tak kurang juga yang terlebih excited.Siapa yang tak seronok kalau Cikgu Rohazniza merangkap guru geografi yang teramat garang macam singa betina.Salah sedikit pasti ada badan yang sakit..kena cubit.Kalau tak tulis tarikh dalam buku mesti kena.Selalunya yang menjadi mangsa Aliaa Syakira, Nur Syamira dan Faraheen.Selalu sangat muka diorang bertiga tu kena dengan cikgu.Tak serik agaknya.Sejak diorang tingkatan 2 lagi macam tu.Macam manalah agaknya diorang bertiga tu boleh tahan dengan tangan ketam Cikgu Rohazniza.

Ketika ketiadaan cikgu, Aliaa, Miera dan Ami sedang duduk santai di belakang kelas.Anis dan Faraheen pergi toilet betulkan tudung.Betul-betul minah yang sangat menjaga imej.Kena selalu cantik katanya pastu tudung mesti sentiasa maintain.

"Aliaa, kita buat la sesuatu yang menyeronokkan sekarang ni.Sementara cikgu mc dua hari ni.Apa kata kita pergi lepak tempat biasa, nak tak?"soal Miera kepada Aliaa.Aliaa pula sejak dari tadi asyik termenung.Ingatkan si milo la tu.

"Aliaa..Aliaa..kau dengar tak ni aku panggil nama kau.Ish,minah sorang ni asyik berangan je kerja dia.Ingat dekat buah hati kau yang jauh kew..Hei!Aku tengah bercakap dengan kau ni..kau dengar ke tidak..hello.."Miera geram dengan perangai Aliaa yang suka mengelamun pagi-pagi ni.Tahu la ingat dekat buah hati pun tetapi aku ni kawan kau tahu.Sedih aku kau buat tak tahu je aku cakap.

"Hah..hah..kau cakap apa tadi?Tak dengar la.Ulang balik, boleh?"Aliaa seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang indah.Tadi masa Miera bercakap dengannya dia langsung tak dapat menangkap butir bicara gadis molek itu.Miera a.k.a kawan baik Aliaa sentiasa ada bersama Aliaa begitu juga sahabat yang lain.Aliaa sendiri keliru sebenarnya apa yang dia menungkan tadi.Dia sendiri tidak pasti.

"Kau mimpi sampai mana dah?Mimpi kahwin dengan milo ke?Ke dah jatuh hati dekat mamat baru?Si Miera ni cakap punyalah kuat sampai satu kelas tengok tadi kau boleh kata tak dengar?Apa punya kawan daa.Tengok Miera dah merajuk dah."sampuk Amizatul a.k.a Ami.Sengaja dia kata begitu untuk sedarkan Aliaa yang entah apa yang dia fikirkan pun Ami tak dapat baca.

Belum sempat Aliaa untuk membalas pertanyaan Ami tiba-tiba mereka disergah oleh Faraheen dan Anis. "Kus semangat, tak reti kasi salam dulu ke?Nasib baik la kitorang ni sihat lagi tak ada penyakit kalau tak mesti dah innalillah dah."Miera menjawab dengan nada yang marah.Sudahlah dia masih terasa hati dengan Aliaa, sekarang Faraheen dan Anis pula buat kecoh.Siapa yang tak panas satu badan.

"Ala,sorry sangat.Kitorang saja je nak kasi meriah kat belakang ni.Korang tengah bincang apa?Dari luar kelas tadi lagi aku usha korang bertiga ni.Eh, mana Ain dengan Lina?Asal korang tiga jew dekat sini?"tanya Faraheen.Anis hanya mendiamkan diri sahaja.Mungkin masih rasa bersalah kerana hal yang terjadi sebentar tadi.Anis memang begitu seorang yang sangat berhati-hati dalam melakukan apa sahaja.Dia juga seorang yang tegas tetapi sangat berlemah lembut dengan kawan-kawan yang lain.Anis menjadi rebutan ramai kerana Anis mempunyai wajah yang putih tetapi dia juga sememangnya seorang yang rajin membantu sahabat.

"Bangun."Terdiam satu seisi kelas semua kelam kabut bangun dari tempat duduk masing-masing tak kurang juga ada yang sampai terjatuh dari kerusi sebab terkejut beruk.Alamak!Cikgu mana pula yang masuk ni? bukan ke Cikgu Rohazniza mc?Apabila masuk sahaja cikgu dalam kelas.Semua mulut ternganga besar.

"Ain???????" Riuh satu kelas.Ada juga yang marah dengan tindakan Ain.Saja Ain nak mengenakan sahabat-sahabatnya.Mentang-mentangla dia ketua kelas, sahaja buat kawan-kawan cuak sikit.Mana taknya, dia sudah berpesan kepada mereka supaya menjaga kelakuan semasa ketiadaan cikgu dalam kelas namun semuanya hampa.Ternyata kelas mereka sangat bising.

Dia dipanggil oleh Cikgu Rohana a.k.a cikgu disiplin di sekolah itu sebentar tadi untuk menyiapkan satu laporan disiplin.Walaupun Ain hanya penolong setiausaha lembaga pengawas namun, Cikgu Rohana lebih suka menyuruh Ain membuat tugasan itu.

"Ain, apa ni.Kau buat satu kelas jadi kelam kabut.Tahu tak?"Shahrul a.k.a musuh ketat Ain.Ada sahaja perkara yang Shahrul tak puas hati dengan Ain.Suka sangat cari fasal dengannya.Ain malas nak layan perangai Shahrul.Bukan dia tak tahu, Shahrul pasti akan mencari gaduh dengannya.

"Eh, asal nak marah aku?Korang sedar tak korang ni tak jaga amanah yang aku titipkan.Suara korang boleh dengar sampai ke koridor tu tahu tak?Macam mana kalau Sir Ong ronda?Apa aku nak jawab kalau dia tanya aku kenapa kelas kita bising sangat.Please behave urself.Kita kelas nombor satu patutnya jadi contoh.Ni tak korang lagi bising."Ain sebenarnya sedang menahan gelak, mana tidaknya satu kelas kelam kabut kerana dia tadi.Saja dia membuat suara serius ketika menyuruh mereka bangun tadi.

"Dah habis ke berleter?"Shahrul tersenyum sinis.Kalau diikutkan kata hati dia terasa geram juga.Namun, dia tiada mood hari itu untuk bertengkar dengan Shahrul.Penatnya belum habis lagi kerana kelam kabut juga tadi dia berjumpa Cikgu Rohana dan dia disuruh untuk siapkan laporan disiplin.Macam tahu-tahu je cikgu Rohana yang dia tengah free masa tu.

"Assalamualaikum kelas."Tiba-tiba Cikgu Masitah masuk kerana sudah sampai masa untuk kelas mata pelajaran Matematik bermula.Semua pelajar kembali duduk di tempat masing-masing.Semua kembali tumpu kepada pelajaran dan begitu tekun sekali mempelajari tajuk baru pada hari ini.Inilah semangat kelas 3USM yang dikagumi oleh guru-guru di sekolah itu.Mereka sangat bersemangat ketika belajar.

Tamat sahaja sesi persekolahan, Ain,Aliaa,Ami,Mira,Lina,Anis dan A'in akan pulang sekali kerana rumah mereka dekat sahaja di Taman Sejati Indah.Mereka bersahabat sudah lama.Sejak di tadika lagi.Panjang sungguh jodoh mereka sampai dapat sekolah bersama sehingga tingkatan 3.Bukan keputusan UPSR mereka tidak cemerlang, mereka bertujuh merupakan pelajar cemerlang UPSR ketika sekolah rendah namun mereka memilih untuk bersekolah di sekolah yang sama kerana tidak mahu berpisah dan sekarang pada tahun ini mereka akan menghadapi peperiksaan menengah rendah pula (PMR).

Dalam perjalanan pulang, Aliaa menyarankan mereka keluar pada sebelah petang.Berkumpul di taman permainan, tempat yang mereka selalu lepak bersama.

Pada petang itu, mereka berenam berkumpul di tempat yang dijanjikan.Kelihatan Ain terkocoh-kocoh berlari ke arah mereka berenam yang lain.

"Apsal lambat?" tanya Ami. "Sorryla korang, aku kena tolong mama aku tadi buat kuih.Ni aku bawa sikit untuk korang rasa, pastu mama kirim salam.Sorry sekali lagi sebab aku lambat.Eh, makanlah.Macam tak biasa." Ain serba salah sebenarnya.Dia teringin nak makan kuit donut yang disalut coklat, kuih kegemarannya kerana dia teringin sangat nak makan dia merengek dengan mama tetapi mamanya kasi syarat.Kalau kakak nak makan boleh, tetapi kakak kena tolong mama.Disebabkan itu dia terlewat petang itu.Nasibla kawan-kawan memahami.Siapa yang tak tahu Ain ni sangat suka makan sejak kecil lagi tetapi dia bertuah kerana badannya tidak montel kerana makan terlalu berlebihan.

"Eh, tak apa.Kau bawa donut ni pun dah buat aku rasa sayang dekat kau.haha.Patutlah bau wangi masa lalu depan rumah kau tadi.Bukan aku tak nak panggil tapi aku tahu kau kalau time macam ni mesti melantak dekat dapur dulu.Tu aku kasi space dekat kau pergi makan dulu.Macam kitorang tak kenal kau."Ami sengaja nak melawak dengan Ain.Diorang dua memang rapat, mungkin sebab rumah mereka berdua hanya selang beberapa buah sahaja.

"Ok, back to the topic.Aliaa, asal kau ajak kitorang kumpul petang ni.Macam ada hal penting je nak bincang?"tanya Anis yang sejak tadi mendiamkan diri sahaja, hanya menjadi pemerhati di tepi.

"Actually benda ni lah yang aku tengah fikir tadi dalam kelas sampai Miera merajuk dengan aku.hehe.Sebenarnya Farah yang usulkan benda ni dekat aku tapi aku tak tahu nak kasi respon macam mana.Aku dah bincang benda ni dengan Faraheen dengan Miera tadi, aku rasa rancangan ni macam ok."

"Err, straight to the point boleh?Aku pening lah cakap belit-belit.Perut aku lapar lagi sebenarnya."Ain buat muka kasihan tetapi tak dipedulikan oleh orang lain.

"Ain,kau ni tak habis-habis dengan makanan.Nasiblah siapa dapat jadi laki kau nanti.Pening nak layan perangai kau yang asyik fikir nak makan je.Erm, actually macam ni.Kitorang ingat nak tubuhkan satu kumpulan dan kitorang dah fikir dah pun nama kumpulan kita tu."Aliaa menerangkan segalanya dengan teliti.

"What?Kumpulan?Kumpulan apa?Nama apa korang kasi?"Lina yang selalunya sibuk dengan handphonenya pun tertarik dengan apa yang baru sahaja Aliaa suarakan.

"Eh, boleh pula kau dengar kitorang sembang.Ingat dah hanyut dengan Abang Muzak."Lina hanya tersengih mendengar apa yang Anis cakapkan sebentar tadi.Abang Muzak pada asalnya hanya abang angkat Lina cuma dalam beberapa hari ini mereka dah terangkat pula jadi pasangan kekasih.

"Korang nak tahu nama kumpulan kita??"tanya Aliaa dengan suara yang menduga.Yang lain macam tak sabar pula nak dengar.

"GMS..."

"GMS????Apa tu?" Selain Aliaa Faraheen dan Miera hanya tersengih sahaja.




p/s: alhamdulillah baru sekarang sifa dapat post karya sulung ni.Insyallah, akan datang akan ada episod yang seterusnya pasal 7 sahabat ni..tolong komen ye..harap sangat sokongan kawan-kawan..terima kasih.. :)

Friday 6 April 2012

Xtaw nAk kAta pA.. ^^,




This is me,
this is real,
i'm exactly where i'm suppose to be now..

cewah...saja nyanyi lagu ni...hehe..erm, teringat cite "Camp Rock" yg first tu..lagu ni macam lagu inspirasi pun ada juga..tentang diri kita yg sebenarnya..wow..impressive..dulu ada sorang junior ni, Nadia nama dia..dia suka sangat lagu ni..suka suruh kak dia ni nyanyikan..xpun kitorang nyanyi sama-sama..tapi nyanyi kt dorm jew la..hehehe..selain lagu ni lagu "The Climb", Miley Cyrus pun best juga..macam lagu motivasi..hayati betul-betul lirik dia..




There’s always gonna be another mountain
I’m always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose

Ain’t about how fast I get there
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing
The chances I’m taking
Sometimes might knock me down
But no, I’m not breaking



huh..makna lagu ni sangat mendalam kot..first time dengar rasa macam sebati je dengan diri ni..haha..then, satu hari tu masa motivasi kat sekolah..kitorang kena kumpul ramai-ramai dekat dewan Seri Angsana..then, time tu Cikgu Diana tengah pasang lagu..pas2, zut kasi pendrive zut kat cikgu soh pasang lagu Maher Zain "OPEN UR EYES"..time tu serious cakap suka lagu Maher Zain sebab penuh dengan mesej yang berguna..


We just have to
Open our eyes our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to You
Until the end of time

Look inside yourself
Such a perfect order
Hiding in yourself
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there

Lets start question in ourself
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No


Tu belum lagi dengar lagu dia yang lain..best sangat..lagu Insyallah,For The Rest Of My Life..sape-sape yang tak dengar lagi..silakan..layan..hehe ^^,