Friday 13 April 2012

GMS Episod 2

Petang itu seperti yang dijanjikan mereka berenam berkumpul di tempat biasa. Mereka akan membincangkan soal masalah disiplin yang semakin menular dalam kalangan pelajar di sekolah mereka. Tiba-tiba dari jauh mereka terlihat Ain berjalan ke arah mereka sambil tersengih.

"Kata tak nak keluar petang ni?Tiba-tiba je muncul.Dah siap ke kertas kerja Cik Ain Natasha oii..?" tanya Ami yang sudah mengeluarkan muncung yang panjang.Bukan dia tidak suka Ain datang tetapi Ain sememangnya orang yang sukar dijangka.Apa yang selalu diucapkan mesti bertentangan dengan apa yang dia lakukan. Tiada siapa yang dapat meramal tindakan gadis itu.

"Err..dah.Mestilah aku datang petang ni.Aku pun nak tau perkembangan terkini pasal kelab kita ni.Rugilah kalau terlepas.So, petang ni apa yang kita nak bincang? " malas Ain nak memanjangkan cerita.Sebenarnya kertas kerja itu baru sahaja siap sebelum dia keluar tadi.Setelah pulang dari sekolah tadi dan makan tengah hari dan bersolat zohor, dia terus menyiapkan kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Rohana.

"ok.Setakat yang kami dapat catit masa rehat tadi, kebanyakan kes yang kami baca lebih kepada kes rokok dan kesalahan pemakaian pelajar dalam sekolah kita.Sebab tu kitorang buat keputusan nak jumpa petang ni. "kata Anis.

"Kalau kes rokok macam susah kita nak trace sebab diorang ni bijak.Tapi kalau kes kesalahan pemakaian, aku rasa kita boleh suggest dekat cikgu-cikgu cadangan kita macam mana nak atasinya.Ok, aku kasi contoh erk..Katakan seorang murid perempuan ni pakai stokin pendek so, jalan penyelesaiannya kita rampas stokin tu.Bila dah selalu kena mesti dia fed up stokin dia asyik kena rampas je so, pas tu dia mesti takkan pakai dah.Betul tak?" Mira memberi cadangan diikuti oleh Aliaa.

"Betul gak tu.Kalau diorang bawa telefon bimbit ke sekolah kita suggest la dekat cikgu kalau diorang kena tangkap bawa benda haram tu datang sekolah, hujung tahun baru boleh ambil balik tu pun kalau diorang bawa parents datang sekolah pastu tandatangan surat perjanjian.Kasi insaf sikit."

"Elok sangatlah tu cadangan korang.Aku setuju.Tapi ingat tak dulu time form 2?Kita selalu curi-curi bawa handphone ke sekolah.Asal ada spot check tong sampah jadi mangsa.Memang nasibla." pecah ketawa mereka tujuh sahabat.Masing-masing terasa lucu dengan apa yang Farah katakan sebentar tadi.

Sememangnya sebelum dilantik menjadi pengawas, mereka juga sering melanggar peraturan sekolah.Bawa telefon bimbit, pakai stokin pendek dan berwarna-warni, pakai rantai dan macam-macam lagi.Namun, mereka selalu bernasib baik kerana tidak pernah ditangkap oleh cikgu disiplin.Tetapi setelah dilantik menjadi pengawas mereka bertekad untuk menjaga tatasusila dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar.Namun, mereka masih lagi bersifat gila-gila dalam sesetengah hal.

"Yang paling gelabah sekali bila cikgu buat spot check mesti Ain. Aliaa, Farah dengan Mira selalu cool je.Ain mesti kelam kabut.Tulah nak langgar peraturan tapi takut.Dah tau takut buat juga.Haiya." Ami menggelengkan kepala manakala Ain hanya tersengih sahaja.

"Aku rasa esok kita boleh suggest dekat cikgu apa yang kita bincang petang ni.Erm, aku ada satu cadangan tapi aku tak pasti korang setuju ke tak." Farah bersuara.

"Cadangan????Cadangan apa?" tanya Anis kepada Faraheen. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri menunggu butir bicara Farah yang seterusnya.

"Kita buat t-shirt untuk kelab ni nak tak?"tanya Farah kepada yang lain.

"Ok juga tu.T-shirt untuk kelab.Mana nak cari kedai buat baju?Macam mana nak tempah?Berapa kos untuk sehelai baju?"

"Banyaknya soalan yang kau tanya Ain.Mana satu aku nak jawab dulu pun aku tak tau." Farah hanya geleng kepalanya.

"Aku rasa laparlah.Apa kata kalau kita pergi beli burger dulu baru bincang lagi pasal ni.Boleh tak?"

"Kau ni Ain, asyik fikir pasal makan je.Oklah.Kau pergi beli,ok.Siapa yang nak boleh bagi duit dekat Ain." yang lain hanya setuju sahaja.

Selepas beberapa minit pergi membeli burger Ain kembali kepada mereka sambil menatang satu beg plastik yang penuh dengan makanan.

"Nah korang punya burger.Sorang satu je kan?"

"Ain, asal kau punya burger sampai tiga?Tak kenyang ke makan satu je? Aku ni nak habiskan satu burger ni pun susah." tanya Mira.

"Kau ni macam tak kenal Ain je.Dia mana cukup satu.hahaha" Aliaa membalas pertanyaan Mira. Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Ok, kita teruskan pasal rancangan nak buat t-shirt.Nak mula dari mana? Siapa tahu dekat mana kita boleh tempah t-shirt?"tanya Anis kepada mereka yang lain.

"Aku rasa kita kena tangguhkan dulu perbincangan kita ni.Nanti kita sambung balik.Lagipun, sekarang dah hampir jam 6.30.Kita kan nak solat jemaah dekat surau magrib ni." Farah bersuara setelah melihat ke arah jam tangannya.

Petang itu mereka tidak sempat untuk menghabiskan perbincangan soal t-shirt kerana hari sudah semakin gelap dan sebentar lagi laungan azan menandakan masuknya waktu solat akan berkumandang.Mereka selalunya pergi ke surau untuk bersolat secara berjemaah. Oleh itu, dalam pukul 6.30 mereka sudah pulang ke rumah masing-masing untuk bersiap ke surau.



**********


Keesokan harinya di sekolah, seperti biasa Ain akan dipanggil oleh Cikgu Rohana di bilik disiplin.Pengawas yang lain dibenarkan keluar rehat 5 minit sebelum waktu rehat bermula namun, bagi tujuh sahabat ini walaupun sudah diberi kebenaran untuk keluar awal namun mereka enggan terlepas walau sedikit pun ilmu yang cikgu curahkan.Oleh itu, mereka lebih selesa untuk keluar tepat pada waktunya.


Seperti biasa, oleh kerana Ain tidak sempat untuk membeli makanan jadi dia hanya berpesan kepada Ami sahaja. Ain diminta untuk datang ke bilik disiplin dengan segera. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu, Ain dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.


Awal pagi tadi dia telah menghantar kertas kerja yang disiapkan di rumah kepada Cikgu Rohana. Dia sudah memeriksa kertas kerja itu dengan teliti, bimbang sekiranya terdapat kesalahan dalam setiap data yang ditaip. Dia menyangka Cikgu Rohana akan berpuas hati namun tiba-tiba ketika dia ingin ke kantin seorang pengawas tingkatan 2 menyuruhnya untuk pergi ke bilik disiplin atas arahan Cikgu Rohana. Alamak, cuak seketika. Setelah memberi salam dan mengetuk pintu, Ain masuk ke dalam bilik itu.


"Waalaikumusalam.Oh, kamu rupanya Ain. Silakan masuk. Maaf kalau cikgu ganggu masa rehat kamu." Cikgu Rohana tersenyum ke arah Ain sambil matanya tidak lepas dari memandang kertas kerja yang Ain siapkan.


"Kenapa cikgu nak berjumpa dengan saya, ye? Ada kesalahan ke dalam kertas kerja yang saya siapkan?" dengan perasaan yang ragu-ragu Ain utarakan soalan itu.


"Sebenarnya kertas kerja ini tiada yang salah, semuanya mengikut apa yang saya katakan kepada kamu.Saya memanggil kamu ke sini kerana saya memerlukan bantuan kamu untuk siapkan minit mensyuarat pengawas yang akan diadakan pada petang ini.Rumah kamu dekat saja kan? Kamu tak kisah ke kalau balik lambat? " mungkin kerana haus, Cikgu Rohana meneguk segelas air sebelum menyambung percakapannya.


"Saya dah bercakap dengan Maisarah tadi tapi dia tidak dapat hadir pada petang ini kerana rumahnya agak jauh dari sekolah jadi dia terpaksa balik dengan menaiki bas. Petang ini hanya menyuarat dalam kalangan ahli majlis tertinggi dalam lembaga pengawas sahaja. Mesyuarat ini tidak formal sangat kerana kita akan bincangkan soal kem kepimpinan pengawas pada hari isnin ini. "


Sebenarnya, minggu depan semua pelajar akan mula bercuti sekolah selama seminggu namun bagi pengawas pula mereka terpaksa berkorban sedikit ketika waktu cuti sekolah kerana kem tersebut akan dijalankan ketika cuti sekolah ini. Oleh itu, Cikgu Rohana sangat sibuk kerana dia yang menguruskan aktiviti ini.


Setelah bersetuju untuk menggantikan Kak Mastura pada petang itu, Ain segera menuju ke kantin untuk berjumpa dengan mereka yang lain. Ain memberitahu perkembangan terkini kepada mereka yang lain. Masing-masing menunjukkan riak muka yang terkejut, bukan terkejut kerana Ain terpaksa menggantikan Kak Mai petang ini tetapi mereka terkejut kerana kem akan diadakan ketika cuti sekolah.


Walaupun mereka sudah sedia maklum bahawa kem kepimpinan pengawas akan diadakan dalam masa terdekat namun mereka tidak menyangka kem itu akan diadakan ketika cuti sekolah.


"What???Kau biar betul? Macam ni rasa tak semangat dah nak ikut kem tu. Kenapa mesti masa cuti sekolah? Aku dah plan macam-macam masa cuti ni. Waaaaa....." Aliaa menunjukkan tanda protes terhadap tarikh yang ditetapkan oleh cikgu. Namun, Mira telah mencubit Aliaa menyebabkan Aliaa menjerit kesakitan. Mereka yang berada di kantin ketika itu terdengar jeritan Aliaa dan menoleh ke arahnya.Muka Aliaa merona merah kerana malu dengan perbuatannya.

"Asal kau cubit aku?" Nyata dia tidak berpuas hati.

"Aku buat macam tu untuk sedarkan kau balik. Eh, korang ingat tak bila kita kasi tau pasal kem ni dekat dia? Siapa orang pertama yang melompat syok sorang-sorang..dalam kelas pula tu.Semua orang tengok pun dia buat tak tahu.Bila dah tetap tarikh tarik muka plak.Haish.." Mira menggelengkan kepala sambil tersenyum kepada Aliaa.Nah, ambik kau..suka sangat sakat orang bila kena balik tau pun.Kihkihkih...

"Yela..yela..tapi janganlah cubit.Tengok..tak pasal-pasal aku buat show free dekat kantin ni." mereka semua tergelak sebelum masing-masing bergerak ke tempat yang telah ditetapkan dalam jadual tugasan harian..

Kring!Kring! Loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah berakhir.Sebelum masuk ke dalam kelas Aliaa sempat mencuit pinggang Mira lantas menyebabkan Mira melatak.

"Oi, mak kau terpocot." Mereka yang berada di situ tika itu tergelak mendengar Mira melatah. Mira memang pantang kalau ada orang sentuh bahagian pinggang.Katanya di situ ada banyak reseptor. Mira menunjukkan muka tidak puas hati kepada Aliaa namun Aliaa hanya buat muka slamber sahaja.

"Hahaha..padan muka kau.Tulah kenakan aku tadi eh..sekarang kau kena balik" Aliaa berbisik di dalam hati sahaja tak berani nak luah kang merajuk pula minah sorang ni. Dahlah susah nak pujuk.

"Sorry..pas ni aku tak buat dah.." Aliaa hanya tersengih manakala Mira hanya mencebik.Farah dan Anis yang menyedari hal itu segera berlari kearah Mira dan Aliaa.

"Korang berdua ni pehal? Gaduh erk?" tanya Farah dan disusuli dengan pertanyaan daripada Anis.

"Korang ni...tak yah lah gaduh.Tak elok tau masam muka macam ni. Tak comel lah." Anis cuba untuk memujuk.

Aliaa dan Mira baru sahaja ingin bersuara namun tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan Ami dan Ain dari jauh.

"Korang..korang..masalah.." Ain tercunggap-cunggap.Keletihan kerana berlari.

"Masalah apa? Cakaplah." Farah bertanya kepada Ain dan Ami. Ain tidak mampu untuk bersuara kerana masih letih berlari.

"Lina...Lina..dia bergaduh dengan kakak senior. Diorang sekarang ada depan bilik disiplin." Ami bersuara setelah menyedut udara dengan banyak. Mereka yang lain terkedu. Apa pula masalah yang menimpa diorang kali ini.



p/s: tolong komen ye..thanks.. :)


No comments:

Post a Comment