Saturday 14 April 2012

GMS Episod 3



"Korang..korang..masalah.." Ain tercunggap-cunggap.Keletihan kerana berlari.
 
 
"Masalah apa? Cakaplah." Farah bertanya kepada Ain dan Ami. Ain tidak mampu untuk bersuara kerana masih letih berlari.
 
 
"Lina...Lina..dia bergaduh dengan kakak senior. Diorang sekarang ada depan bilik disiplin." Ami bersuara setelah menyedut udara dengan banyak. Mereka yang lain terkedu.




"What?? Bila? Dengan siapa dia gaduh?" soalan yang bertubi-tubi dari Mira menyebabkan Ami pening kepala.
 
 
"Huh! Tanyalah satu-satu. Pening aku nak menjawab. Ok, sebenarnya aku pun baru je dapat tau pasal hal ni. Tapi korang nak pergi serbu bilik disiplin sekarang ke? Kejap lagi teacher nak masuk kelas dah.Nak cari nahas kalau keluar sekarang." pesan Ami. Memang teacher tak garang tapi kenalah jaga hati cikgu.



"Gila nak serbu sekarang.Kita tunggu je.Petang ni macam biasa noh..kumpul dekat taman permainan." pesan Farah kepada mereka yang lain.




"Ok." Mereka menjawab serentak.



Seperti biasa mereka berkumpul di taman pada petang itu. Wajah Lina menunjukkan riaksi tenang sahaja pada petang itu. Mungkin dia sudah menjangkakan bahawa sahabat-sahabatnya pasti sedang bergelumang dengan pelbagai soalan.



Setelah Lina pulang ke kelas, dia tidak menunjukkan sebarang riaksi seperti matanya bengkak kerana menangis sebaliknya dia masuk ke kelas dengan muka yang bersahaja. Mereka yang lain tidak berani nak tanya soalan ketika itu kerana teacher sedang mengajar di depan. Masing-masing hanya memberi isyarat mata.




"Apa yang dah jadi?" Farah bertanya kepada Ain. Ain hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Susunan tempat duduk dalam kelas 3USM agak berbeza daripada kelas lain.


 Kelas lain akan menyusun dua meja untuk setiap satu barisan namun kelas 3USM lebih selesa menyusun tiga meja.Dalam kelas mereka Ain, Ami dan Anis duduk di satu meja yang sama manakala Aliaa,Farah dan Mira di meja yang sama. Lina pula duduk bersama Fitrah dan Enani.



"Nak tegur tak?" tanya Ain. Dia hanya memberi kata isyarat. Namun, tindakan Ain menyebabkan Teacher Rosmah perasan tindakannya yang tidak fokus dalam kelas lalu dia berjalan kearah meja Ain.Namun, Ain tidak perasan kehadiran guru itu di hadapannya.



Dari tepi Ain dapat perasan isyarat mata daripada Aliaa dan Mira yang menyuruh dia menoleh ke hadapan sambil memuncungkan mulut ke depan. Ain berasa tindakan dua sahabat itu sangat lucu lalu dia ketawa. Tiba-tiba dia terasa telinganya seperti ditarik oleh seseorang.Nasib baik dia memakai tudung sekolah, sakit kena cubit tak adalah terasa sangat.



"Ain Natasha...What are you up to?You are talking with whom?hm?"



"Err...I'm sorry teacher. Actually I just want to strecth my body.Exercise my lips.Hehehe." Ain menjawab tergagap-gagap.Takut sebenarnya.Sakitnya telinga aku..huhu..desis Ain dalam hatinya.



Selesai sahaja kelas bahasa Inggeris pada hari itu, lantas mereka berenam berkumpul di tempat duduk Ain.



"Ain..Kau nangis ke?Itulah kau..aku kasi isyarat pun kau tak faham, pastu gelak pula.Kan dah kena." Aliaa hanya menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba mereka terdengar satu suara yang tak perlu menoleh mesti kenal tuan punya badan.


"Weyh, kawan-kawan. Aku tak sangka Gary pun reti menangis." Gary adalah gelaran yang diberi kepada Ain ketika mereka tingkatan satu. Ain sendiri tidak tahu kenapa gelaran itu diberi kepadanya.



"Weyh, Shahrul. Lebih baik kau diam. Bila masa pula aku nangis,hah? Ingat aku lembik macam kau ke?huh!"arghhh..geram..Ain geram dengan perangai Shahrul. Namun, sebelum sempat taufan melanda cepat-cepat Hafizi menenangkan mereka yang lain.



"Eleh, banyak cakap pula minah ni. Gary..Gary..Gary..Hahaha" Shahrul gelak jahat. Ain yang geram segera menuju kearah Shahrul.Dia memegang botol air Ami yang berwarna biru dan ingin memukul Shahrul. Namun, sememangnya malang tidak berbau rupa-rupanya botol air itu tidak ditutup dengan rapat dan ketika Ain membaling botol air itu, air yang terdapat dalam botol itu habis terkena baju Shahrul dan serentak itu satu kelas ketawakan dia. Ain terkedu manakala Shahrul menyimpan dendam.



"Habislah aku." desis hati kecil Ain.




"Kau....." Shahrul berlari mengejar Ain. Kelas 3USM gamat dengan gelak ketawa melihat Ain dan Shahrul yang tak ubah seperti anjing dan kucing. Hafizi cuba menolong namun sebaliknya dia yang terkena.



"Sudahlah korang berdua ni.."



"Fizi....tolong aku..Shahrul..sorry.." Ain masih sempat bersuara. Masing-masing tak nak mengalah, mereka hanya berhenti sekejap untuk berehat namun mereka teruskan semula apabila sudah mendapat tenaga.


"Korang ni nak gaduh pun, gaduh lah tapi jangan libatkan botol air aku." suara Ami seperti merajuk.


Kring!!!!!!!!!!!!! Kali ini loceng yang berbunyi tidak seperti selalu. Loceng kecemasan?? Masing-masing tertanya. Selepas beberapa minit loceng itu masih berbunyi lalu kedengaran pelajar-pelajar beratur di luar kelas dan berjalan menuruni tangga mengikut laluan yang telah disediakan.



Pergaduhan yang terjadi antara Ain dan Shahrul terhenti. Mereka semua beratur di hadapan kelas dan mengikut laluan yang telah ditetapkan. Mereka sememangnya sudah mendapat taklimat tentang laluan yang seharusnya diambil.


Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di padang. Kawasan padang yang luas telah berjaya memuatkan ratusan pelajar. Pengawas dikumpulkan di setiap barisan tingkatan untuk mengawal pelajar.Ketua kelas dan penolong kelas diarahkan untuk mengira jumlah rakan sekelas mereka dan memastikan mereka semua ada dalam barisan.


Namun, apabila Ain mengira jumlah pelajar rakan sekelasnya mereka kekurangan seorang ahli.



"Mana Lina??" tanya Ain.Cemas. Namun, pertanyaan hanya tinggal soalan. Tiada seorang pun yang tahu di mana Lina berada.



"Saya rasa masa Ain dengan Shahrul tengah bergaduh tadi saya nampak dia keluar.Mungkin pergi tandas kot.Tapi sebelum tu saya ada nampak sorang senior ni.Diorang bersembang tapi saya tak tau pula diorang cakap apa. Kelas kan tengah kelam kabut masa tu.Bila tengok sekali lagi dia dah hilang." kata Thevisri.



"Kena laporkan dekat cikgu ni.Korang tengok lagi siapa yang tak ada dekat sini, ok." Sementara menunggu Ain berjumpa dengan guru yang bertugas, Cikgu Rosdiah Guru Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) berkata, " Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya baru mendapat aduan dari pihak bomba bahawa sekolah kita mengalami kebaran di blok D. Kebakaran bermula dari belakang sekolah dan sudah merebak ke blog C. Kebakaran ini disyaki berpunca daripada sepuntung rokok yang dibuang ke arah longgokan kotak di belakang sekolah. Pelajar yang disyaki telah ditahan. "




"Ain..kamu pasti Amalina tiada dalam barisan rakan sekelas kamu?" tanya Puan Roziah a.k.a guru kelas 3USM merangkap guru sejarah mereka.



"Pasti, cikgu." Ain mengangguk.




Setelah itu, pastas Cikgu Roziah melaporkan hal itu kepada Cikgu Rosdiah. Beberapa minit selepas itu, kedengaran bunyi siren ambulan menuju ke arah sekolah mereka. Ahli GMS yang lain berpandangan sesama mereka.




Kemudian, mereka terlihat susuk tubuh seorang remaja perempuan yang sedang diusung oleh paramedik. Gadis tersebut ialah Amalina, sahabat mereka. Namun, mereka tidak sempat berbuat apa-apa. Ambulan itu sudah bergerak keluar dari sekolah mereka.

"Petang nanti kita melawat Lina.Parents aku ada dekat rumah petang ni so, kita boleh pergi naik kereta aku." tekad Farah. Mereka yang lain hanya mengangguk sahaja.


***********


Seperti yang telah dirancang, petang itu mereka yang lain pergi melawat Lina di hospital. Anis membawa sedikit buah tangan kepada Lina.Kebetulan hari itu, ibunya membuat kek coklat jadi dia bawa sedikit  untuk Lina. Sewaktu mereka tiba di hospital kelihatan ibu Lina, Puan Suzana tutut berada di situ menemani anaknya.



"Assalamualaikum, mak cik." kata mereka serentak. Puan Suzana segera menoleh kearah mereka sambil tersenyum. Tika itu, dia sedang menyuapkan bubur nasi kepada anaknya.



"Ibu, Lina dah kenyang.Nanti Lina sambung makan ye.Boleh tak?Lina nak sembang dengan kawan-kawan." Kata Lina kepada ibunya. Ibunya hanya mengangguk tanda memberi kebenaran kepada anaknya lalu dia bangun menuju ke luar bilik pesakit untuk ke tandas.



"Kau ok?Macam mana benda ni boleh jadi?" tanya Farah. Dia kelihatan bimbang.


"Aku pun tak berapa pasti. Lepas gaduh dengan Kak Husna kami kena pergi bilik disiplin. Kak Husna tampar aku. Kebetulan masa tu Cikgu Rohana ternampak sebab tu kena kumpul depan bilik disiplin. Masa Ain dengan Shahrul tengah bergaduh, Kak Husna datang kelas kita. Diorang ajak aku pergi dekat tandas blok D.Nak bincang pasal masalah kami..bila aku pergi situ tiba-tiba kepala aku kena pukul dan bila aku sedar aku dah terlantar dekat hospital ni."



"Nampak sangat ni kes aniaya orang. Betul tak? Diorang ada motif nak cederakan kau." kata Mira kepada yang lain.



"Kita siasat kes ni nak?" tanya Ami.


"Maknanya kem hari isnin ni kau tak dapat ikutlah. Kau rehatlah cukup-cukup, ok. " kali ini Ain pula yang bersuara diikuti oleh Aliaa.


"Korang nak siasat ke kes ni? Kes ni dah jadi kes polis dah pun. Kita tak patut masuk campur. Tapi kawan kita teraniaya, memang tak patut betul. Apa sebenarnya masalah antara kau dengan Kak Husna? Sebab lelaki?" tanya Lya namun Lina hanya diam sahaja. Lya membuat kesimpulan bahawa kenyataannya tentang Lina dan Kak Husna bergaduh kerana seorang lelaki dan orang yang mula-mula cetuskan hal ini ialah Kak Husna sendiri.


"Perempuan tu mesti dah gila agaknya. Kes ni boleh disabitkan bawah Akta Pencubaan Membunuh. Boleh masuk penjara kalau didapati bersalah. Ntah-ntah kena buang sekolah sekali, tak sempat nak ambil SPM pun. Dia tak fikir ke semua ni." kata Ami dengan penuh semangat.


"Ami..Kau ada gaya jadi peguam. Siap hafal lagi segala akta undang-undang. Bersemangat pula tu. Cayalah." Ain menepuk belakang Ami sambil tersenyum. Ami seorang gadis yang tidak banyak cakap namun sekali dia berbicara macam-macam perkara dia boleh bahaskan. Diam-diam ubi berisi.Hehehe


"Banyaklah kau peguam. Hancur kes tu kalau dapat dekat aku." mereka yang lain tergelak. Terhibur dengan gelagat Ami.


"Kau ni ada-ada je Ami. Kecian dekat Lina, tengah sakit kau buat lawak pula." Anis memberikan senyumannya yang paling manis kepada Ami. Ami hanya tersengih sahaja.


"Eh, tak adalah..Korang datang jenguk aku ni pun aku rasa gembira dah. Rasa bersyukur, terharu ada gak." kata Lina.


"Jangan touching-touching kat sini weyh." Anis mengusik Lina.


"Makan jom. Buat penat je Anis bawa kek coklat tu tapi tak jamah pun. Nampak macam sedap, tu belum makan lagi dah kata sedap. Bila makan mesti sedap gila." Ain teruja.


"Eh, kek tu Anis bawa untuk Lina. Kau yang tengah sihat walafiat ni tak payah lah. Duduk je diam-diam dekat kerusi tu. Hah, jangan nak tunjuk mucung sedepa kau tu dekat aku.Ingat comel." Ami belagak serius manakala Ain sudah mengeluarkan muncungnya.Setelah itu, mereka pulang dengan menaiki kereta ibu Farah.

No comments:

Post a Comment