Saturday 31 March 2012

it's aLL abOut mE ^^,

Alhamdulillah..apa khabar muslimin dan muslimat di luar sana..hari ini sifa tergerak hati untuk menulis di blog ini.Tak tahu kenapa hari ini rasa gembira pun ada, rasa sedih pun ada juga.Tadi rasa gembira sebab hari ini sifa dah berjaya dapat lesen P. Awal pagi tadi rasa takut sangat nak pergi ambil test jpj tu.Rasa gelisah sampai sarapan pagi pun tak.

Bila nak dekat masa test, perut ni asyik berbunyi jew..dalam hati plak "mama....kakak lapar, nyesal xmakan tadi" :( masa adik minta tolong hantarkan ke sekolah pagi tadi, rasa macam nak tak nak jew..tapi kecian dekat dia jalan kaki..penat..so, kakak dia yang baik hati ini hantar jugala dia ke sekolah..rasa macam semua nya ok pagi tadi tapi sekarang tiba-tiba rasa sedih..macam nak menangis tapi xmampu nak keluarkan air mata..I'm not a child anymore..tapi xsalahkan kalau kita nak nangis bila kita sedih even kita ni dah besar panjang dah.

Ok, sifa ni sebenarnya suka baca buku keluaran Reader's Digest tapi sifa xsuka dekat Reader's Digest.Disebabkan diorang sifa selalu kena paksa tulis surat dekat diorang sampai tension kepala otak ni..I hate it when someone order me to do something that I don't want to do..It's my life so it depends on me on how to manage my ownself.huh! cakap memang senang..nak buat xreti + xberani..

Macam mana ni? daripada rasa gembira pagi tadi sekarang rasa sedih plak. Sepatutnya benda ni xjadi macam ni..alamak, spoil betul.. (T_T) hoho..sifa, kau ni macam-macam la..

Masa sifa pergi test tadi, alhamdulilah..kawan-kawan yang sifa kenal kebanyakan daripada mereka semua lulus.Mulai esok sifa akan start kelas lesen memandu kereta pula..dan insyallah pada 9/4/2012 ni sifa akan pergi untuk test jpj kereta pula..hari ini baru test jpj untuk motosikal..huhu..lepas satu datang pula satu lagi..

Rasa semangat juga nak bawa kereta sebab sebelum ni xpernah lagi memandu kereta..insyallah, kalau sifa berjaya lulus ujian kereta ni, abah ada cakap nak beli kereta kancil untuk sifa.Sifa memang suka kereta kecil-kecil ni sebab sangat comel. Kereta idaman Sifa ialah Mini Copper..Insyallah kalau ada rezeki satu hari nanti sifa akan beli juga kereta comel tu..walaupun ada juga orang yang tak setuju tapi sifa xkisah..sifa nak juga usaha sampai boleh beli kereta tu..sekarang mestila xmampu lagi nak beli sebab tak kerja + tak ada duit..

Cakap pasal kerja..bila sifa tanya kawan-kawan..ramai yang sudah bergelar 'wanita bekerjaya' sekarang ni.Sifa plak jadi pengganggur terhormat dekat rumah ni tapi sifa tak kisah sebab sepanjang duduk dekat rumah bukannya sifa melantak or tidur jew..macam-macam aktiviti yang sifa dah buat sepanjang 4 bulan ada dekat rumah ni..

Sifa suka makan..suka sangat-sangat..especially time tension macam ni..alhamdulilah la sempat juga habiskan 2 pinggan nasi yang penuh dengan nasi dan lauk-lauk..hari ni mama yang masak sebab awal pagi lagi sifa dah jejak kaki ke pbe..orang pertama tu yang sampai..hehe..selalunya sifa akan masak sebab hmm...alasan dia sifa rasa seronok plak memasak ni..dulu nak masuk dapur pun susah..asyik terperap dalam bilik dengan buku..sekarang rasa seronok plak nak masak sebab rasa syok..especially time perut ni meragam nak makan..lagi rajin kat dapur..mama cakap anak dara pemalas kalau lapar, akibatnya tanggung sendiri la.pandai-pandaila masak sendiri dekat dapur tu..ada apa yang boleh masak, masak la..haha..suka+sayang dekat mama..mama kadang-kadang xsedar yang dia kasi nasihat dekat kita..kalau nak dibandingkan mama dengan sifa..mama sangat kuat, sifa plak versi mama yg sebaliknya..mama mampu buat kerja lasak..masa balik kampung dekat pahang bulan 12 hari tu..mama masuk hutan, bawa parang, belah pokok buluh yang besar tu pas tu mampu angkat sorang-sorang..sifa mampu tengok jew dari tepi..nak tolong mama xkasi..mama suruh tolong nenek masak dekat dapur..masa tengok mama buat kerja yang lasak tu sifa terfikir..nape sifa xsekuat mama..pas tu saja la gatal mulut p tanya dekat mama..maklumla, nak tau sangat-sangat..

Pastu mula la mama cite kisah-kisah mama dulu..banyak dan sangat mencabar..sifa pun xmampu nak wat apa yang mama dah buat n lalui..mama cakap, dulu masa mama masih kecil lagi, macam-macam kerja berat yang mama pernah buat..dulu mama orang susah..nak pergi sekolah kena berenang dekat sungai kenong, kuala lipis..sifa sendiri pun xreti berenang tapi mama hebat..seriously, sifa bangga ada mama yang macam tu..mama pergi sekolah juga walaupun baju sekolah basah lencun sebab berenang..tengok budak-budak zaman sekarang..mak ayah suruh pergi sekolah tak nak..ponteng  sekolah, merendek sana sini..tu mak ayah bagi sekolah, beli baju sekolah, bayar itu, bayar ini sebab nak anak diorang berjaya dunia akhirat..bukannya buat diorang sedih..susah2..hai..

kalau ikutkan macam-macam sifa boleh cerita pasal mama..sebab tu sifa sangat sayangkan mama..nak kata anak mama pun boleh juga sebab sifa suka kalau makan mama yang suap..selalunya kalau mama tengah makan tu, sifa suka la p duduk kat tepi mama pastu suruh mama suap..sedap oo tangan ibu kita suap nasi..mama selalu support sifa bila sifa macam nak jatuh..love u mama..^^,
kakak sangat sayangkan mama.. 



No comments:

Post a Comment