"GMS?????" suara
mereka bersatu.
"GMS tu apa??"
masing-masing tertanya dengan persoalan yang Aliaa lontarkan. Namun, perkara
tersebut hanya diketahui oleh Aliaa,Syamira dan Farahen. Masing-masing berasa
teruja dan tidak sabar untuk mendengar penjelasan selanjutnya daripada Aliaa.
Setelah berfikir dan menyusun ayat dengan lebih teratur, Aliaa bersuara.
"Sebenarnya GMS tu Geng
Meronda Sekolah.Kalau nak lebih sedap didengar GMS juga ialah Geng Merendek
Sekolah.Tugas dia lebih kurang macam tugas kita sebagai pengawas di sekolah
tetapi lebih kepada tugas yang dilakukan oleh kita bertujuh sahaja.Ada
faham?"
"Erm, GMS...haa...macam GBS
kn? Ala,
cerita kat Astro tu.Geng Bas Sekolah.Cerita kegemaran kita bertujuh.Kau dapat
idea dari situ ke Lya?"sengaja Ain menduga Aliaa.Maklumla mereka ni
spesies yang suka mengusik.
"Lebih kuranglah aku dapat
idea dari situ tapi kita bukan pergi sekolah naik bas, kita jalan kaki.Eh,
bukan ke kau sorang je yang suka tengok cerita tu? Kitorang ni teman kau tengok
je.Yelah, mana taknya bila cerita tu mula, muncul la sikap kanak-kanak kau
tu.Merengek sana
sini nak tengok cerita tu.Kalau tak kasi tengok nanti merajuk pula."Semua
gelakkan Ain.Ain sememangnya begitu, sejak dari kecil sehingga sekarang
perangai tidak pernah berubah.Ain sukakan cerita yang berunsurkan kanak-kanak
dan karton.Sebab itu perangai dia pun macam kanak-kanak yang tidak matang.
Namun begitu, mereka yang lain terhibur dengan telatah Ain yang nampak
melucukan.
Pernah dulu ketika mereka
bertujuh masih kecil, mereka suka bermain masak-masak.Ain pasti akan memilih
untuk menjadi anak kerana dia suka menjadi budak kecil.Langsung tidak matang
walaupun sekarang sudah berusia 15 tahun.
"Ok, aku rasa semua setuju
dengan cadangan kami bertiga.So, ada apa-apa cadangan?"tanya Faraheen.
"Sebenarnya, kenapa kita
tubuhkan kelab ni?Apa motif sebenar korang semua?"tanya Lina sambil
tangannya pantas menekan punat telefon bimbit.Maklumlah orang tengah hangat
bercinta.
"A'ah, bukan ke kita dah
jadi pengawas dekat sekolah dan kita ni merupakan ahli rasmi Kelab Pencegah
Jenayah.Tak perlu rasanya kita tubuhkan kelab baru semata-mata untuk tengok
keadaan sekolah."kali ini Anis pula yang bersuara.
"Sebenarnya macam ini,
sekolah kita sememangnya sudah selamat dengan adanya pak cik guard dan pengawas
yang mengawasi pelajar tetapi kau tengoklah.Setakat ni berapa kes je yang kita
berjaya selesaikan? Kes rokok punyalah banyak dekat sekolah tetapi pihak
pengawas gagal juga nak tangkap diorang hisap rokok dalam sekolah.Terbaru aku
dengar ada kes seludup dadah dalam sekolah kita tetapi aku tak pasti sama ada
perkara tu melibatkan pelajar atau orang luar." mereka semua khusyuk
mendengar penjelasan Faraheen.
"Aku rasa tak salah kalau
kita bertindak ikut keadaan dan cuba siasat kes ni.Aku pernah dengar mama Ros
bercakap soal ni dengan Cikgu Rohana tetapi bila aku masuk campur aku kena
marah dengan mereka berdua.Cikgu kata kes ni dah jadi kes polis.Sekarang ni
bukan itu masalahnya, aku rasa dengan adanya kelab ni tambah pula dengan
kepintaran kita bertujuh kita pasti dapat mengurangkan kes jenayah dalam
sekolah kita.Korang tak rasa macam tu ke?"Aliaa sedaya upaya menerangkan
kepada sahaba-sahabat yang lain tentang penubuhan kelab baru ini.
"Aku setuju dengan
Aliaa.Lagipun kita bukan sahaja menolong pihak sekolah kita juga mampu membanteras
jenayah yang berlaku dalam sekolah kita ni."giliran Miera pula yang
memberi pendapat.
"Cara kau cakap macam
sekolah kita tu teruk sangat."Ami pula yang bersuara. Nyata masing-masing
belum dapat memberi kata putus tentang penubuhan kelab baru mereka.
"Apa kata kalau kita cuba
dahulu.Mungkin cara ini berkesan tetapi semua ni memerlukan kerjasama yang padu
dalam kalangan kita bertujuh.Amacam?Ok tak cadangan aku?Daripada kita terus
menerus mempersoal tentang hal ni lebih baik kita cuba dulu.Kalau ternyata
dengan adanya kelab GMS ni mampu mengurangkan jenayah sekolah kita, aku rasa
aku sokong.Lagipun, tak salah kalau kita mencuba,kan?" sebenarnya Ain
berasa rimas dengan semua soalan yang ditujukan lalu dia membuat keputusan
untuk bersuara.Buat seketika mereka terdiam, mungkin sedang memikirkan
kebenaran kata-kata Ain.
"Terima kasih Ain untuk
penjelasan tu.Aku rasa apa kau kata tu betul juga.Tak salah mencuba.So,
kawan-kawan yang lain macam mana?" tanya Aliaa sambil tersenyum.
"OK" mereka yang lain
bersetuju untuk menubuhkan satu kelab yang dinamakan GMS iaitu Geng Meronda
Sekolah.
"Jadi, apa perancangan
seterusnya?"tanya Ami.
"Kita kena lantik
jawatankuasa untuk lancarkan misi kita." Faraheen semamangnya memiliki
semangat seorang President justeru dia dilantik menjadi President kami manakala
Aliaa dan Syamira dilantik sebagai Naib President. Sementara itu, tugas
mencatit segala aktiviti kelab akan diuruskan oleh Ain dan Ami.Yang lain pula
akan menjadi ahli sokongan kelab.
"Anis dan Lina, aku rasa
aku perlukan pertolongan korang berdua untuk cari maklumat tentang kes di
sekolah kita yang belum selesai.Ain dengan Ami korang berdua pula tolong catit
apa yang patut.Ain, fail untuk setiap apa yang kau catitkan boleh tak kau
sponsor sikit.Beli je fail yang murah lepas tu cantikkan fail tu macam yang
selalu kau buat, ok.Tak apa kan?" Ain dan Ami menggangguk sahaja dengan
arahan yang diberi oleh Farah.
"No problem.Aku kan penolong setiausaha
lembaga pengawas lagipun kerja-kerja macam ni aku dah terbiasa.Kau serah saja
benda tu dekat aku,ok." Ain menunjukkan thumbs upnya kepada Faraheen.
"Aku dan Lina pun ikut
sahaja.Mulai esok, kitorang akan cari maklumat tu.Jangan risau,ok." Anis
bercakap sambil membetulkan tudungnya.
"Cara korang cakap macam
polis je aku tengok.Serius semacam" mendengarkan apa yang baru sahaja
dicakapkan oleh Lina mereka semua ketawa.Tidak sabar rasanya menunggu hari esok
untuk memulakan langkah pertama dalam menjayakan kelab mereka.
********
Keesokan harinya ketika di sekolah,
“Sekarang macam mana kita nak buat
erk?” Lina menggaru kepalanya yang tidak gatal.Anis hanya menjungkitkan bahu
menandakan dia juga pening hendak mula dari mana.
“Aku rasa kita kena cari dekat fail
disiplin yang ada dalam bilik disiplin.Tetapi, masalahnya Cikgu Rohana selalu
ada dalam bilik dia.Kalau kita ambil mesti kita kena marah.Lagipun, fail tu
semua Ain je yang tahu mana satu yang ada data pasal masalah disiplin.Kerja tu kan tugas dia sebagai
setiausaha.Betul tak?” sekarang mereka berdua seolah-olah ketandusan idea macam
mana hendak mendapatkan maklumat yang diminta oleh Faraheen.
Tiba-tiba mereka terlihat kelibat
Ain dari jauh.Lalu mereka segera berlari ke arah Ain yang sedang menuju ke
bilik disiplin.
“Kau buat apa dekat sini Ain? ” soal
mereka berdua secara serentak.
“Cikgu Rohana panggil aku lagi.Kena
siapkan kertas kerja untuk kem pengawas minggu depan.Korang dah tahu belum
pasal ni?Minggu depan kita ada kursus kepimpinan pengawas dekat Pulau Pinang.” Nampaknya
bukan hanya Ain yang teruja soal ini, Anis dan Lina turut merasakan hal yang
sama.
Kursus seperti ini memang setiap
tahun diadakan oleh pihak sekolah untuk melatih pengawas cara memimpin di
sekolah.Pengawas akan dilatih dengan latihan yang berbentuk kepimpinan dan
aktiviti fizikal serta mental.Aktiviti-aktiviti sebegini diadakan supaya dapat
melatih pengawas yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal.
“Kenapa kau yang kena siapkan
kertas kerja tu.Kak Maisarah kan
setiausaha.Kau penolong dia, patutnya kau cuma tolong siapkan laporan dan
kemaskini data je. ” Lina ternyata tidak berpuas hati dengan Kak Mai kerana
asyik menyuruh Ain melakukan kerjanya.
“Aku pun tak tahu macam mana nak
jelaskan dekat kau tapi ini arahan Cikgu Rohana.Aku ikut je takkan aku nak
bantah arahan cikgu pula?Aku rasa Cikgu Rohana serah tugas ini dekat aku sebab
Kak Mai sibuk dengan pelajaran dia.Mesti dia tak nak ketinggalan pelajaran.” Ain
memang begitu, sebolehnya dia akan membantu selagi terdaya.Lagipun, dia suka
menyiapkan kertas kerja untuk sesuatu projek.Dia ingin melatih dirinya menjadi
seorang yang cekap dalam melakukan setiap tugas yang diberikan melalui
pengalaman yang dia dapat.
“Ikut suka hati kau lah.Memang
susah nak nasihat orang yang degil macam kau ni.” Ain hanya tersengih mendengar
apa yang Lina katakan.
“Oh, ya.Kenapa korang berdua ada
dekat luar bilik disiplin ni? Kenapa tak masuk je dalam bilik tu? Kan Cikgu
Rohana ada tu.” Ain terlupa untuk bertanya soal itu pada awalnya.Dari jauh dia
dapat melihat tingkah laku Anis dan Lina yang menjenguk ke dalam bilik disiplin
tetapi tidak pula masuk ke dalam atau ketuk pintu untuk berjumpa dengan Cikgu
Rohana.
“Sebenarnya kitorang nak ambil
maklumat yang Farah suruh cari tu.Tapi kitorang takut Cikgu Rohana tanya macam-macam
lagipun banyak sangat fail mesti pening masa nak cari nanti.Kebetulan kau yang
tulis laporan semua tu pastu kitorang nampak kau dating sini tu yang kitorang
nak minta tolong sikit dekat kau. ” panjang lebar penjelasan yang diberikan
oleh Anis kepada Ain.
“Kenapa tak cakap awal-awal.Kalau
aku tahu mesti aku tolong.Fail yang korang nak tu ada label warna biru dekat
tepi fail.” Ain memang sengaja mencadangkan kepada Cikgu Rohana untuk melekatkan
label warna yang berbeza pada setiap fail supaya senang untuk dicari.
Setelah mengambil fail tersebut Ain
menyerahkannya kepada Anis. “Korang ada masa 15 minit je untuk salin apa yang
patut.Cikgu Rohana mesti marah kalau dapat tahu aku bawa keluar fail ni.Cepat
sikit tau.” Setelah menyalin apa yang patut mereka menyerahkan kembali fail
tersebut kepada Ain dan segera pulang ke kelas.
Sekembali mereka ke kelas, Ami
menghampiri Anis dan Lina. “Macam mana?Dapat apa-apa tak? Ain tak dapat nak
catit pasal ni, so aku yang akan ganti Ain.” Ami membuka fail merah jambu yang
comel dibalut oleh Ain yang menjadi fail rasmi kelab mereka.
“Kebanyakan kes yang aku baca tadi
lebih kepada kes rokok dan kesalahan pemakaian pelajar dalam sekolah kita. Mungkin
kita patut bincang soal ni dengan Farah dan yang lain.Mungkin diorang boleh
kongsi idea macam mana nak selesaikan masalah ni.” Terang Anis kepada Lina dan
Ami.
“Mungkin kita patut berkumpul
petang ni dekat tempat biasa.Nanti aku inform dekat diorang yang lain.” Ami
memberi cadangan.Anis dan Lina hanya bersetuju sahaja.
Beberapa ketika selepas itu, Ain
masuk ke kelas dengan membawa satu fail putih yang terdapat label warna kuning
di tepinya.Fail itu adalah fail khas untuk kertas kerja yang disiapkan oleh
setiausaha. Farah, Aliaa dan Miera juga menghampiri mereka.
“Aku tengok kau ni dah macam
setiausaha bukan penolong.Semua kerja kau buat, laporan, kertas kerja lepas ni
apa pula kerja yang kau dapat.Kau tak letih ke?” Miera bertanya kepada Ain
sambil menghulurkan sandwich dan air kotak yang dibelinya di kantin sebentar
tadi kerana Ain tidak sempat menjamah apa-apa makanan terus dipanggil oleh
Cikgu Rohana di bilik disiplin.
“Dah biasa lah. Petang ni aku tak
dapat keluar tau sebab nak siapkan kertas kerja ni sebab esok cikgu nak tengok
dah.Kena cepat sebab pengetua nak sahkan.Lagipun kerja sekolah kita pun
bertimbun aku kena siapkan”
“Sebenarnya petang ni memang nak
ajak semua berkumpul bincang tentang kelab kita.Ami kena ganti Ain la ya catit
apa yang patut.” Faraheen tersenyum.
Kemudian mereka semua kembali ke
tempat duduk masing-masing kerana sebentar lagi Cikgu Azman guru Bahasa Melayu
mereka akan masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran yang seterusnya.
p/s: harap korang terhibur dengan cerita mereka ni. Tolong komen ye..terima kasih.. :)
No comments:
Post a Comment