Sunday 8 April 2012

GMS (Epilog)



Rata-rata pelajar kelas 2USM dikenali sebagai pelajar yang paling menurut kata dan anak kesayangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Stone 5.Cewah, betul sangat la tu.Depan cikgu-cikgu mesti kena jaga.Maklumla kelas budak pandai.Walaupun sekolah kami bukanlah dari kategori sekolat elit atau sekolah berasrama penuh mahupun MRSM namun, sekolah ini tetap berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya.Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan dengan lancar.

Semua pelajar dan guru kagum dengan 'kegigihan' dan 'semangat' pelajar kelas 2USM.Walaupun kadang-kadang ada juga desas-desus yang mengatakan pelajar 2USM bukan hebat sangat pun, biasa sahaja.Alah, mulut orang memang susah nak tutup,kan?So, kalau kitorang dengar suara-suara sumbing macam tu, kitorang buat dono jew malas nak ambil port.

Sekarang baru mula musim persekolahan bagi tahun 2009, Ain Natasha,Aliaa Syakira,Nur Syamira,Nur Amizatul,Faraheen,Anis Syahirah,Amalina pergi ke sekolah bersama-sama.Mereka bertujuh dilantik menjadi pengawas pada tahun ini.Sepanjang tiga tahun berkawan, mereka berada di kelas yang sama dan setiap seorang dari mereka mempunyai watak yang berbeza namun semua itu tidak dijadikan halangan dalam bersahabat malah sesuatu yang merapatkan hubungan mereka.

Sudah hampir seminggu kelas berjalan namun keadaan kelas 3USM pada hari ini agak lenggang.Suasana kelas ketika itu sangat bising dengan keriuhan pelajar.Masing- masing teruja kerana guru mata pelajaran Geografi tidak dapat hadir ke sekolah kerana mc 2 hari.Disebabkan hal itu, ramai yang bergembira tak kurang juga yang terlebih excited.Siapa yang tak seronok kalau Cikgu Rohazniza merangkap guru geografi yang teramat garang macam singa betina.Salah sedikit pasti ada badan yang sakit..kena cubit.Kalau tak tulis tarikh dalam buku mesti kena.Selalunya yang menjadi mangsa Aliaa Syakira, Nur Syamira dan Faraheen.Selalu sangat muka diorang bertiga tu kena dengan cikgu.Tak serik agaknya.Sejak diorang tingkatan 2 lagi macam tu.Macam manalah agaknya diorang bertiga tu boleh tahan dengan tangan ketam Cikgu Rohazniza.

Ketika ketiadaan cikgu, Aliaa, Miera dan Ami sedang duduk santai di belakang kelas.Anis dan Faraheen pergi toilet betulkan tudung.Betul-betul minah yang sangat menjaga imej.Kena selalu cantik katanya pastu tudung mesti sentiasa maintain.

"Aliaa, kita buat la sesuatu yang menyeronokkan sekarang ni.Sementara cikgu mc dua hari ni.Apa kata kita pergi lepak tempat biasa, nak tak?"soal Miera kepada Aliaa.Aliaa pula sejak dari tadi asyik termenung.Ingatkan si milo la tu.

"Aliaa..Aliaa..kau dengar tak ni aku panggil nama kau.Ish,minah sorang ni asyik berangan je kerja dia.Ingat dekat buah hati kau yang jauh kew..Hei!Aku tengah bercakap dengan kau ni..kau dengar ke tidak..hello.."Miera geram dengan perangai Aliaa yang suka mengelamun pagi-pagi ni.Tahu la ingat dekat buah hati pun tetapi aku ni kawan kau tahu.Sedih aku kau buat tak tahu je aku cakap.

"Hah..hah..kau cakap apa tadi?Tak dengar la.Ulang balik, boleh?"Aliaa seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang indah.Tadi masa Miera bercakap dengannya dia langsung tak dapat menangkap butir bicara gadis molek itu.Miera a.k.a kawan baik Aliaa sentiasa ada bersama Aliaa begitu juga sahabat yang lain.Aliaa sendiri keliru sebenarnya apa yang dia menungkan tadi.Dia sendiri tidak pasti.

"Kau mimpi sampai mana dah?Mimpi kahwin dengan milo ke?Ke dah jatuh hati dekat mamat baru?Si Miera ni cakap punyalah kuat sampai satu kelas tengok tadi kau boleh kata tak dengar?Apa punya kawan daa.Tengok Miera dah merajuk dah."sampuk Amizatul a.k.a Ami.Sengaja dia kata begitu untuk sedarkan Aliaa yang entah apa yang dia fikirkan pun Ami tak dapat baca.

Belum sempat Aliaa untuk membalas pertanyaan Ami tiba-tiba mereka disergah oleh Faraheen dan Anis. "Kus semangat, tak reti kasi salam dulu ke?Nasib baik la kitorang ni sihat lagi tak ada penyakit kalau tak mesti dah innalillah dah."Miera menjawab dengan nada yang marah.Sudahlah dia masih terasa hati dengan Aliaa, sekarang Faraheen dan Anis pula buat kecoh.Siapa yang tak panas satu badan.

"Ala,sorry sangat.Kitorang saja je nak kasi meriah kat belakang ni.Korang tengah bincang apa?Dari luar kelas tadi lagi aku usha korang bertiga ni.Eh, mana Ain dengan Lina?Asal korang tiga jew dekat sini?"tanya Faraheen.Anis hanya mendiamkan diri sahaja.Mungkin masih rasa bersalah kerana hal yang terjadi sebentar tadi.Anis memang begitu seorang yang sangat berhati-hati dalam melakukan apa sahaja.Dia juga seorang yang tegas tetapi sangat berlemah lembut dengan kawan-kawan yang lain.Anis menjadi rebutan ramai kerana Anis mempunyai wajah yang putih tetapi dia juga sememangnya seorang yang rajin membantu sahabat.

"Bangun."Terdiam satu seisi kelas semua kelam kabut bangun dari tempat duduk masing-masing tak kurang juga ada yang sampai terjatuh dari kerusi sebab terkejut beruk.Alamak!Cikgu mana pula yang masuk ni? bukan ke Cikgu Rohazniza mc?Apabila masuk sahaja cikgu dalam kelas.Semua mulut ternganga besar.

"Ain???????" Riuh satu kelas.Ada juga yang marah dengan tindakan Ain.Saja Ain nak mengenakan sahabat-sahabatnya.Mentang-mentangla dia ketua kelas, sahaja buat kawan-kawan cuak sikit.Mana taknya, dia sudah berpesan kepada mereka supaya menjaga kelakuan semasa ketiadaan cikgu dalam kelas namun semuanya hampa.Ternyata kelas mereka sangat bising.

Dia dipanggil oleh Cikgu Rohana a.k.a cikgu disiplin di sekolah itu sebentar tadi untuk menyiapkan satu laporan disiplin.Walaupun Ain hanya penolong setiausaha lembaga pengawas namun, Cikgu Rohana lebih suka menyuruh Ain membuat tugasan itu.

"Ain, apa ni.Kau buat satu kelas jadi kelam kabut.Tahu tak?"Shahrul a.k.a musuh ketat Ain.Ada sahaja perkara yang Shahrul tak puas hati dengan Ain.Suka sangat cari fasal dengannya.Ain malas nak layan perangai Shahrul.Bukan dia tak tahu, Shahrul pasti akan mencari gaduh dengannya.

"Eh, asal nak marah aku?Korang sedar tak korang ni tak jaga amanah yang aku titipkan.Suara korang boleh dengar sampai ke koridor tu tahu tak?Macam mana kalau Sir Ong ronda?Apa aku nak jawab kalau dia tanya aku kenapa kelas kita bising sangat.Please behave urself.Kita kelas nombor satu patutnya jadi contoh.Ni tak korang lagi bising."Ain sebenarnya sedang menahan gelak, mana tidaknya satu kelas kelam kabut kerana dia tadi.Saja dia membuat suara serius ketika menyuruh mereka bangun tadi.

"Dah habis ke berleter?"Shahrul tersenyum sinis.Kalau diikutkan kata hati dia terasa geram juga.Namun, dia tiada mood hari itu untuk bertengkar dengan Shahrul.Penatnya belum habis lagi kerana kelam kabut juga tadi dia berjumpa Cikgu Rohana dan dia disuruh untuk siapkan laporan disiplin.Macam tahu-tahu je cikgu Rohana yang dia tengah free masa tu.

"Assalamualaikum kelas."Tiba-tiba Cikgu Masitah masuk kerana sudah sampai masa untuk kelas mata pelajaran Matematik bermula.Semua pelajar kembali duduk di tempat masing-masing.Semua kembali tumpu kepada pelajaran dan begitu tekun sekali mempelajari tajuk baru pada hari ini.Inilah semangat kelas 3USM yang dikagumi oleh guru-guru di sekolah itu.Mereka sangat bersemangat ketika belajar.

Tamat sahaja sesi persekolahan, Ain,Aliaa,Ami,Mira,Lina,Anis dan A'in akan pulang sekali kerana rumah mereka dekat sahaja di Taman Sejati Indah.Mereka bersahabat sudah lama.Sejak di tadika lagi.Panjang sungguh jodoh mereka sampai dapat sekolah bersama sehingga tingkatan 3.Bukan keputusan UPSR mereka tidak cemerlang, mereka bertujuh merupakan pelajar cemerlang UPSR ketika sekolah rendah namun mereka memilih untuk bersekolah di sekolah yang sama kerana tidak mahu berpisah dan sekarang pada tahun ini mereka akan menghadapi peperiksaan menengah rendah pula (PMR).

Dalam perjalanan pulang, Aliaa menyarankan mereka keluar pada sebelah petang.Berkumpul di taman permainan, tempat yang mereka selalu lepak bersama.

Pada petang itu, mereka berenam berkumpul di tempat yang dijanjikan.Kelihatan Ain terkocoh-kocoh berlari ke arah mereka berenam yang lain.

"Apsal lambat?" tanya Ami. "Sorryla korang, aku kena tolong mama aku tadi buat kuih.Ni aku bawa sikit untuk korang rasa, pastu mama kirim salam.Sorry sekali lagi sebab aku lambat.Eh, makanlah.Macam tak biasa." Ain serba salah sebenarnya.Dia teringin nak makan kuit donut yang disalut coklat, kuih kegemarannya kerana dia teringin sangat nak makan dia merengek dengan mama tetapi mamanya kasi syarat.Kalau kakak nak makan boleh, tetapi kakak kena tolong mama.Disebabkan itu dia terlewat petang itu.Nasibla kawan-kawan memahami.Siapa yang tak tahu Ain ni sangat suka makan sejak kecil lagi tetapi dia bertuah kerana badannya tidak montel kerana makan terlalu berlebihan.

"Eh, tak apa.Kau bawa donut ni pun dah buat aku rasa sayang dekat kau.haha.Patutlah bau wangi masa lalu depan rumah kau tadi.Bukan aku tak nak panggil tapi aku tahu kau kalau time macam ni mesti melantak dekat dapur dulu.Tu aku kasi space dekat kau pergi makan dulu.Macam kitorang tak kenal kau."Ami sengaja nak melawak dengan Ain.Diorang dua memang rapat, mungkin sebab rumah mereka berdua hanya selang beberapa buah sahaja.

"Ok, back to the topic.Aliaa, asal kau ajak kitorang kumpul petang ni.Macam ada hal penting je nak bincang?"tanya Anis yang sejak tadi mendiamkan diri sahaja, hanya menjadi pemerhati di tepi.

"Actually benda ni lah yang aku tengah fikir tadi dalam kelas sampai Miera merajuk dengan aku.hehe.Sebenarnya Farah yang usulkan benda ni dekat aku tapi aku tak tahu nak kasi respon macam mana.Aku dah bincang benda ni dengan Faraheen dengan Miera tadi, aku rasa rancangan ni macam ok."

"Err, straight to the point boleh?Aku pening lah cakap belit-belit.Perut aku lapar lagi sebenarnya."Ain buat muka kasihan tetapi tak dipedulikan oleh orang lain.

"Ain,kau ni tak habis-habis dengan makanan.Nasiblah siapa dapat jadi laki kau nanti.Pening nak layan perangai kau yang asyik fikir nak makan je.Erm, actually macam ni.Kitorang ingat nak tubuhkan satu kumpulan dan kitorang dah fikir dah pun nama kumpulan kita tu."Aliaa menerangkan segalanya dengan teliti.

"What?Kumpulan?Kumpulan apa?Nama apa korang kasi?"Lina yang selalunya sibuk dengan handphonenya pun tertarik dengan apa yang baru sahaja Aliaa suarakan.

"Eh, boleh pula kau dengar kitorang sembang.Ingat dah hanyut dengan Abang Muzak."Lina hanya tersengih mendengar apa yang Anis cakapkan sebentar tadi.Abang Muzak pada asalnya hanya abang angkat Lina cuma dalam beberapa hari ini mereka dah terangkat pula jadi pasangan kekasih.

"Korang nak tahu nama kumpulan kita??"tanya Aliaa dengan suara yang menduga.Yang lain macam tak sabar pula nak dengar.

"GMS..."

"GMS????Apa tu?" Selain Aliaa Faraheen dan Miera hanya tersengih sahaja.




p/s: alhamdulillah baru sekarang sifa dapat post karya sulung ni.Insyallah, akan datang akan ada episod yang seterusnya pasal 7 sahabat ni..tolong komen ye..harap sangat sokongan kawan-kawan..terima kasih.. :)

No comments:

Post a Comment