Sunday 29 April 2012

GMS Episod 4


Minggu ini semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Stone 5 diberikan cuti selama seminggu. Huh, bertuah untuk pelajar biasa sahaja namun, bagi ahli lembaga pengawas mereka terpaksa menghadiri kursus kepimpinan pengawas yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kursus ini telah dirancang sebulan awal dari tarikh yang ditetapkan untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Mereka bertolak dari sekolah awal pagi dengan menaiki bas sekolah.


Seperti biasa geng GMS merupakan pelajar yang terakhir sekali sampai ke sekolah. Memang tak berdisiplin lansung mereka berenam ni. Namun, untuk aktiviti kali ini Amalina dikecualikan kerana dia mendapat kebenaran daripada tuan pengetua untuk tidak mengikuti kursus ini atas sebab-sebab pribadi. 


Mereka berenam mengambil tempat masing-masing dalam bas. Bas sekolah yang disediakan adalah sebanyak dua buah bas. Setiap bas akan dinaiki oleh pengawas dan dua orang guru pengiring. Pengawas lelaki dan pengawas perempuan dipisahkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Kem yang akan kami inap selama lima hari itu terletak di Pulau Pinang iaitu Kem Kempas Pulas.


"Ain, asal barang kau banyak sangat ni? Kau tak nak balik rumah dah ke? Macam lah kita pergi sana sampai seminggu je aku tengok." Ain hanya tersengih sahaja apabila Lya bertanya soal itu kepadanya. Sememangnya itulah tabiat Ain yang sukar diubah sejak kecil. Kemana sahaja dia pergi sama ada ingin pulang ke kampung ataupun pergi melancong, barang yang dibawa pasti melebihi keperluan. Bukan semua  barang yang dibawa akan digunakan sebaliknya dia membawa barang itu untuk memberatkan beg sahaja. Memang pelik namun kadang-kadang barang yang dibawanya ada juga kegunaannya.

 
Seingat Lya tahun lepas ketika kursus kepimpinan pengawas yang diadakan di Perak di Kem Bukit Senak ada satu kejadian di mana mereka semua terpaksa masuk ke dalam hutan pada waktu malam untuk aktiviti Night Walk. Mereka yang lain sudah diingatkan untuk membawa lampu suluh masing-masing namun masih terdapat pelajar yang terlupa akan arahan guru. Mujur pada ketika itu, Ain ada membawa lima lampu suluh maka lampu suluh itu turut diberikan kepada kawan-kawan yang terlupa tadi. Macam mana la dia boleh terfikir nak bawa sampai lima lampu suluh ketika itu. 


Bukan itu sahaja, Ain juga membawa comforter nipis untuk dialas ketika tidur dalam khemah. Masing-masing berebut nak tidur satu khemah dengan Ain. Nak tergelak pun ada juga masa teringat balik keadaan masa tu. Kali ini dia bawa lagi semua barang tu. Buat menyemak tempat letak barang je.Penuh dengan barang dia sorang. Hahaha.


"Dia bukan tak nak balik dah Lya tapi aku rasa dia takut mati kebulur dekat sana. Makanan penuh satu beg aku tengok. Tapi takpe juga, kita boleh tumpang sekaki." Ami menjuih mulut ke arah Ain sambil tersenyum melihat Lya. 


"Banyakla kau tumpang sekaki." balas Ain sengaja basa-basi.


"Eh, tahun ni dah masuk tiga kali kita pergi kem kepimpinan ni tapi tak pernah lagila aku dengar ada orang sampai mati kebulur dekat sana. Alah, kat sana kan ada kantin, masak pun diorang masak untuk kita. Kita ni boleh dikatakan bertuah tau tak? " kali ini Anis pula bersuara.


"Korang ni cakap je pandai, nanti korang pun makan juga makanan yang aku bawa ni, kan? " balas Ain.


"Eleh, cara kau cakap macam kau sorang je yang bawa makanan.Aku pun bawa jugalah. Tapi kalau kau nak kasi aku nanti, aku ambil je. Rezeki..tak kan nak tolak, kan?" jawab Faraheen. 



Perjalanan untuk sampai ke Kem Kempas Pulas mengambil masa lebih kurang 3 jam dari sekolah mereka. Ami yang tidak reti duduk diam dari tadi lagi sibuk merakam gelagat sahabatnya dengan kamera video hadiah hari lahir yang dia dapat daripada kakaknya. Dalam rakaman tersebut terdapat pelbagai gelagat yang mencuit hati. Ada antara mereka yang tengah bersembang, ada yang tidur tak kurang juga ada yang sedang bermain kad. Masing-masing berasa bosan kerana perjalanan selama 3 jam itu agak memenatkan.


Setelah sampai di destinasi yang dituju, mereka semua turun dari bas dan bergerak ke dewan terbuka. Mereka semua teruja melihat sekitar kawasan yang bakal mereka duduki selama lima hari itu. Setelah mendengar taklimat dan peringatan oleh Encik Sulaiman, ketua tutor kami di sana, kami dibawa ke khemah masing-masing. Di situ terdapat enam khemah untuk pelajar perempuan dan lima khemah untuk pelajar lelaki. Yang menariknya tentang khemah tersebut ialah khemah itu dibina dan bentuknya seperti sebuah rumah kerana dibuat daripada papan dan bumbungnya menggunakan zink serta ditutup dengan kain kalis api.


Bukan itu sahaja, tempat mandi di situ mempunyai sebuah kolah yang sangat besar dan setiap bilik tandas mempunyai kelengkapan perpaipan yang lengkap. Terdapat sebuah kantin dan koperasi yang tedapat di sebelah barat daya kem. Segala kelengkapan di tempat itu sangat memuaskan bagi mereka yang datang. Lebih menarik lagi aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang mereka di kem tersebut adalah seperti Flying Fox, Wall Climbing dan pelbagai aktiviti lasak yang lain.


"Menariknya tempat ni. Aku dengar dekat sini ada kayak dan aktiviti berbasikal. Mesti best." Enani begitu teruja sekali sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di kem itu.


"Er..semangat nampak. Aku ingat aku sorang je yang teruja." Jiah pula bersuara menyokong Enani A.K.A sahabat baiknya.


"Weyh, Jiah..Aku tak sabar nak buat aktiviti berkayak tu. Best gila kau tahu?"


"Best tu aku tau tapi gila tu tak lagi kot. " 


"Perli aku nampak." Jiah hanya tersengih sahaja. Enani dan Najihah merupakan rakan sekelas Aliaa, Ami, Lina dan lain-lain. Mereka berdua serta Basyik, Dayah dan Fifah memang bersahabat baik.


"Khemah kita ke ni? Aku rasa macam duduk dalam rumah je cuma beza tak ada pintu dan tingkap." kata Ami.


"Lepas ni kita ada aktiviti apa erk?" tanya Lya kepada Farah.


"Aku rasa kita kena berkumpul semula dekat dewan tadi lepas 30 minit. Kasut diorang cakap kena pakai kasut sport kan? Aku rasa aktiviti kita mesti akan mula hari ni.Cayala cakap aku ni. Gerenti. " 


"Asal kau yakin sangat? Mesti diorang kasi kita rehat dulu. Penat ni. Huhu " kata Miera.


"Banyaklah kau punya rehat. Kita gerak awal lah. Nanti kelam kabut pula.Siapa yang lambat kena denda kan?" kata Ain.


"Sejak bila pula kita selalu awal ni? Tapi aku rasa better kita gerak sekarang..jap lagi mesti bunyi  tu wisel En.Misai " En.Misai merupakan gelaran yang diberikan oleh GMS kepada Encik Sulaiman kerana misai Encik Sulaiman sangat tebal dan panjang. Setelah selesai menyarungkan kasut mereka berenam keluar dari khemah menuju ke dewan. Serentak dengan itu, kedengaran wisel En.Misai ditiup. Kelam kelibut jadinya, mereka semua cepat-cepat berlari ke arah dewan. Mujur pertama kali ini tiada sesiapa yang kena. Ceh, nasib baik je tu. Lain kali mesti ada yang kena.
 

  



No comments:

Post a Comment