Friday 17 February 2012

QiAmuLaiL

Pada kebiasaannya, pada waktu malam manusia menghabiskan masa dengan berehat bagi menghilangkan penat lelah setelah menghabiskan masa mencari rezeki ataupun menjalankan tugas dan kewajipan yang telah diamanahkan. Dalam pada itu hanya segelintir manusia sahaja yang sanggup berjaga malam terutamanya satu pertiga malam yang terakhir untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Qiamulail bermakna 'bangun malam' dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah..melalui sembahyang sunat, zikir, bertasbih dan membaca al-quran..sesungguhnya qiamulail sangat membantu kita dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.. tidak ramai yang melakukan ibadah ini kerana sukar untuk terjaga..namun, sekiranya kita cuba dan berniat dahulu untuk bangun qiam..insyallah kita pasti akan terjaga..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkitkan an menempatkan pada hari akhirat di tempat yang terpuji"



Amalan rohani ini biasa juga disebut sebagai didikan roh yang akhirnya dapat membantu memperkuat akal dan jasad insan..Qiamulail adalah amalan para solihin sebelum kita dan amalan ini telah menyebabkan mereka berupaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t..

Daripada Ab Ummah r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

"Jadikanlah qiamulail itu amalan bagimu, kerana yang demikian itu adalah amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu dan ia boleh mendekatkan dirimu dengan Tuhanmu dan membersihkan dosamu dan menghindarkan dirimu darinya"

Kata-kata ini saya petik dari sebuah buku yang saya baca untuk renungan diri ini..Buku itu berjudul Mutiara Amal..sesungguhnya apa yang saya dapat dari buku ini amatlah berguna..bukan sahaja untuk saya bahkan untuk semua umat muslimin dan muslimat..

Saya yakin bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya, meskipun kadang-kadang agak berat untuk kita terima namun segala ketentuan yang telah ditetapkanNya pasti ada sebab dan hikmahNya..oleh itu saya dapati qiamulail merupakan satu amalan yang tepat untuk kita mengadu kepada pencipta kita..Hati kita akan berasa tenang seandainya kita sentiasa dekat dengan pencipta kita iaitu Allah s.w.t..Kita sering merasa gelisah + sedih dengan cubaan yang diberikan namun terfikirkah kita sebenarkan iman kita sedang diuji sama ada keimanan itu teguh ata sebaliknya..Berdoalah kepada Allah s.w.t atas keadaan apa sekalipun..Renung-renungkanlah kerana sesungguhnya doa itu senjata mukmin..

  

 

No comments:

Post a Comment